Ada orang Kulim tak di sini? Rasanya ada kot....
Jika ada, awas....banyak hantu di Kulim!!
Beberapa tahun lepas ada cerita hantu di Kulim Hi-tech.
Sekarang heboh pula kisah hantu di Km 20.6 Lebuh Raya Butterworth - Kulim.
Nak percaya atau tak percaya dengan cerita hantu ni terserahlah. Tapi mengikut cerita di sini paling banyak kemalangan berlaku, sudah 80 kes kemalangan dengan 35 kematian berlaku di lokasi ini. Bagi yang tercedera dan terselamat pula mereka menceritakan ada "gangguan" di lebuhraya itu yang menyebabkan mereka mengalami kemalangan:
- Kira-kira jam 4 pagi dua hari lepas, seorang lelaki Inggeris pengurus sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang. Menurut lelaki Inggeris itu apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lembaga lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
- Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. Apabila tiba di jalan itu, dia ternampak seorang wanita memakai baju kebaya mendukung anak di tepi jalan. Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
- Terbaru (3 hari lepas) seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di Km 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas. Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan mati di tempat kejadian. Kerana dia telah meninggal, tidaklah diketahui apa yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Nak baca cerita lengkap mengenai misteri Km 20.6, baca di sini...
JR sendiri pernah hampir-hampir kemalangan jalanraya berdekatan pekan Air Hitam, Kedah di suatu awal pagi beberapa tahun lepas apabila tiba-tiba satu lembaga putih melintas jalan (ceritanya di sini...)
Apa pun, sama ada nak percaya atau tidak, kepada pengguna jalanraya yang memandu di waktu malam, korang diingatkan agar perlu berhati-hati. Selain dari keadaan jalan, cuaca yang tak menentu, kita perlu juga ingat manusia bukan satu-satunya makhluk yang wujud di dunia ini....
saya di opis malam2 gini baca cerita neh.. terbaik laaaa...
ReplyDeleteMcm ngeri ja..belum pernah alami & berharap utk tidak mengalaminya..ada dengar dalam ceramah UAI kalo nampak han--han tu kan sila baca "alaluka bilaknatillah- Aku laknat engkau dengan laknat Allah"..
ReplyDeletetak nak baca...
ReplyDeletehehhe
Rumah pkwe sy btul2 sbelah bke kulim tu, mmg tmpat tu keras skit. Rumah dia beberapa kali kena gangguan. Ustaz ckp bnda tu dh lama kt situ,sbelum ada highway lg. Rmai kwn2 km yg meninggal bila xcident kt ctu. Sedih xpyh ckp la. Muda2 lg. Ada jgk budak2 lpak tepi jln nmpak mcm2.
ReplyDeleteSapa taw highway sg dua-bagan ajam butterworth?serius semalam aku sndri dgn wife n ank2 dri sberang jaya nk balik umh di bagan ajam jam 2230 btl2 tepi hgway sebelah ada flat aku igt org blik surau siap bertelekung..skali muka dia putih brkedut2 siot..wife aku tempik kreta skit lagi nk langgar divider..fuhh alhamdllah..n aku dgr dr mlot org..yg lg dasat terjun dpn cermin kreta trus..sapa bran lalu situ?
ReplyDelete