AMARAN KERAS: Sesiapa yang ada penyakit jantung dan darah tinggi dilarang membaca entri ini!! Kerana ia sangat menyeramkan.....
Kisah benar ini berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat.
Karen Jones, 48 tahun, memelihara seekor kucing yang sangat disayangi seluruh ahli keluarganya. Kucing hitam berusia 2 tahun itu diberi nama Norman.
Satu hari Karen mendapat kabar menyedihkan apabila diberitahu kucing kesayangannya itu telah dilanggar kenderaan. Hancur luluh hati Karen apabila mendapati kucing hitam yang sangat dikenalinya tidak bernyawa lagi di tepi jalan.
Karen dan anak lelakinya Harry, 22 tahun kemudian membina kubur di belakang rumahnya bagi menempatkan kucing kesayangan mereka itu. Selain itu, patung tikus mainan yang menjadi kesayangan Norman turut dikubur bersama-sama kucingnya. Di atas kuburan itu pula diletakkan patung kucing hitam yang diperbuat dari porselin.
Tapi alangkah terkejutnya Karen, apabila dia bangun pagi esok mendapati seekor kucing hitam mirip Norman yang telah dikuburkannya itu sedang berada di dapur memakan sarapannya.
Norman yang dah mati hidup kembali??
Tak puas hati kerana percaya bertemu dengan hantu kucing, Karen bergegas ke kuburan Norman di belakang rumah. Tapi dia mendapati kubur itu masih kukuh tak berusik.
Karen dan Norman yang 'hidup semula'..
Karen mengambil kesimpulan Norman yang disangka mati itu masih hidup. Yang mati dan dikuburkannya itu adalah kucing lain yang kebetulan sama warna dan sama saiz dengan Norman yang masih hidup.
Karen kini sedang mencari pemilik kucing yang telah dikuburkannya itu...
(Sumber cerita: The Sun)
NOTA KAKI: Minta maaf kerana menakutkan korang dengan amaran yang kononnya ada unsur-unsur seram dalam entri ini, pada hal tak seram sikit pun. Saja nak cuba-cuba buat macam iklan cerita hantu filem Melayu yang bila pergi tengok tak seram mana pun.....
pelanduk 2 serupa tu kot....
ReplyDelete