»

10 May 2013

Gambar Kubur Ustaz Azizan, Mantan MB Kedah


Gambar kubur mantan MB Kedah, Ustaz Azizan yang sedang digali?

Mengapa mereka tergamak menyediakan kubur kepada orang yang masih hidup?

Ini gambar kuburnya yang JR pinjam dari sumber ini....:


http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/282282_455635391188551_1864177598_n.jpg

Sebenarnya liang lahad yang digali tu adalah untuk mengkebumikan KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang perlu dipotong atas nasihat doktor selepas mengalami jangkitan kuman akibat komplikasi daibetik. Kubur ini terletak di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kuala Nerang, Kedah. Ia terletak bersebelahan dengan kubur Allahyarham Ustaz Fadhil Nur tokoh ulamak dan tokoh Pas yang terkenal itu. 

Kepada umat Islam, sama-samalah kita berdoa semoga Ustaz Azizan akan sembuh seperti sediakala. Kepada keluarganya semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah.

NOTA KAKI: Teringat Allayarham ibu JR yang pernah mengalami jangkitan kuman di kaki akibat komplikasi diabetik dua tahun lepas. Atas nasihat doktor kaki kanannya dipotong paras lutut. Dua minggu selepas itu kerana kuman semakin membiak, kaki kanannya dipotong sekali lagi paras paha. 

Seminggu selepas itu ibu pergi mengadap Illahi. Al-fatihah buat ibu tercinta, Jamaliah bt Puteh...

8 comments:

  1. saya amat2 takut kejadian sebegini...bapa sedara saya, jugak dipotong ibu jari dek kencing manis

    ReplyDelete
  2. Sedih saya masa dgr khabar kedua kakinya perlu dipotong. Semoga beliau cpt pulih.

    *semoga Allah merahmati roh ibu JR.

    ReplyDelete
  3. ish ngeri lak baca.. mg mantan mentri besar tu kembali sembuh

    ReplyDelete
  4. alfatihah buat arwah ibu JR. Ibu mertua cikda yg cikda tak sempat kenal pun dipotong kakinya akibat diebetik ni.

    moga ustaz terus tabah berjuang..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, moga dijauhkan segala musibah, semoga Ustaz Azizan & keluarga tabah menghadapi semua ujianNya. : Ectopic Pregnancy @ Kandungan Luar Rahim

    ReplyDelete
  6. adik ipar bunda juga baru dalam setahun kene potong ibu jari kaki akibat kencing manis...

    ReplyDelete
  7. Besar betul ujian sebegini. Sebelum ni beliau berada di atas. Siapa sangka sekejap sahaja Allah tarik semua tu. Semoga beliau cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. alfatihah untuk mak jR....

    ada tengok dalam akhbar tadi.....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....