»

09 May 2013

Gigitan Cinta Si-Charlie


Ini hari kedua kulit perut JR rasa tak selesa. Pedih, panas, ada kesan melecur  seperti terbakar dan sedikit gatal. Bila pakai baju rasa seperti menyucuk-nyucuk ke isi perut.

Isteri kata kayap. JR pun yakin kayap. Memang kayap sangat menyakitkan. Siapa yang pernah diserang kayap taulah bagaimana gerangan rasa kesakitannya.

Lalu pagi ini JR pergi jumpa doktor di Klinik Bandar Alor Setar (klinik kerajaan di hospital lama). JR sampai awal pagi, orang masih tak ramai dan dapat nombor 17. OK lah, sebab pagi ini 4 doktor bertugas.

"Kenapa" tanya doktor wanita Melayu yang wajahnya agak manis.

"Perut saya doc..." kata JR menunjukkan perut seksi yang ramping yang ditumbuhi sedikit rambut halus (maklumlah darah keturunan mamak + Siam)..

"Kayap ke doc?" pandai JR cuba meneka macamlah masa belajar dulu ambil medic.

"Bukan kayap ni. Ada binatang gigit...charlie saya rasa.." dia memerhati kesan melecur di perut. Malu juga bila perut seksi kita diperhati sebegitu rupa oleh mereka yang bukan muhrim. Nasib baik isteri tak ada di sisi, jika tidak pasti cemburu...hahahaha...

"Memang confirm charlie gigit ni. Love bite ni...hehehe.." pandai pula doktor wanita tu buat lawak.

Korang pernah dengar tentang binatang sebesar semut yang badannya berbelang oren merah dan sangat berbisa bernama charlie itu? Bisa cecair yang dihasilkan charlie dalam kuantiti yang sama dikatakan 12 kali melebihi bisa ular tedung. Selain itu toksin di tubuh charlie masih kekal berbisa  walaupun selepas 8 tahun kematiannya.

(sumber: miss google)

Dua bulan lepas anak JR pernah digigit charlie seperti yang JR pernah cerita di sini... Paling malang serangan charlie mengenai mukanya, sampai sekarang masih ada parut yang belum hilang sepenuhnya.

Malam ini malam Jumaat. JR lebih rela menerima love bite 1,000 kali dari isteri yang badannya 1,000 kali lebih besar dari charlie (agaknyalah..) berbanding digigit sekali seekor charlie yang cuma sebesar semut itu...

NOTA: Maaf tak ada gambar mengenai kesan gigitan charlie di perut JR untuk korang kongsi kerana bukan muhrim di larang melihatnya...hehehe...

5 comments:

  1. love bite charlie lbh berbisa...tak padan dgn badannya ya..:)

    ReplyDelete
  2. gemuknyaaaa isteri jr...hahahaha

    kueh

    ReplyDelete
  3. Kena buat operasi cegah pembiakan charlie tu, JR.

    Nanti terkenan pulak kat perlu isteri dan kebetulan Dr yang merawat adalah lelaki...haa...

    Mudah-mudahan JR disiplin merawat sakit itu.

    Dan muga kesakitan ini semakin mendekatkan kita kepada besarnya nikmat Allah!

    ReplyDelete
  4. salam jay ar
    Kena ambil langkah berjaga jaga ni..tq sudi sharekan..erm..

    ReplyDelete
  5. bahaya jugak kesan love bite dia kan...

    setakat ni alhamdulillah takde jupe lagi..
    tapi tak nak r kena ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....