Bagi korang yang layak mengundi pasti dah mengundi kan?
JR pun dah mengundi tengahari tadi. JR mengundi di Kolej Vokasional, Alor Setar kerana JR adalah pengundi Parlimen Pokok Sena, Kedah.
JR ada baca banyak cerita tentang dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi sebenarnya tak kekal. Mengikut SPR dakwat itu akan kekal selama antara 5 hingga 7 hari. Jika dicuci dengan bahan kimia pun kata SPR ia tak akan tanggal, kesannyaakan masih tinggal.
Kesian Pegawai Pemerintah TUDM Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad. Dia yang tak berpuas hati kerana mendapati dakwat kekal yang dicalit ke jarinya boleh ditanggalkan dengan cuma satu cucian telah membuat laporan polis kerana tak puas hati dengan SPR. Akibatnya dia ditukarkan 24 jam ke Kuala Lumpur.
JR pula lepas mengundi tadi, balik rumah cuba cuci jari dengan air paip. Memang dakwat tak boleh ditanggalkan dari jari.
Tapi ketika menolong isteri membasuh pinggan mangkuk yang banyak didapur, tiba-tiba bila terlihat jari, JR tengok jari JR dah tak ada kesan dakwat lagi. Mudahnya tanggal!!
Tapi SPR kata boleh tahan antara 5 hingga 7 hari, ini tak sampai 5 jam dah tanggal. Bukan JR cuci guna bahan kimia pun, cuma mungkin terkena sabun ketika membasuh pinggan, terus tanggal...
Nak buat laporan polis? Tak payahlah kot, orang lain pun pasti mengalami nasib seperti JR dan Mejar Zaidi..
Nasib baik JR bukan pengundi hantu. Jika tidak, dapatlah mengundi sekali lagi tadi...hihihihi..
Memang mudah tanggal pun dakwat kekal tu. Ini semua mesti nak kaut duit dakwat punya pasal. Sempat lagi tu buat duit.
ReplyDeletedorang nie....kempen jer lebih huhuhu
ReplyDeleteita plok cuci muka tadi..
ReplyDeletesekali tengok buih pencuci muka bertukar jadi biru..
basuh dengan sabun terus hilang
mesti jay ar bz ari ni.
ReplyDeletesalam pagi isnin...
ReplyDelete