Ketika di market tadi, JR tersenyum membaca SMS dari seorang kawan yang bunyinya begini:
"Nak puasa....tengok BULAN
Nak Raya...tengok BULAN
Nak bersalin...tunggu BULAN
Naik gaji...akhir BULAN
Tak ada BULAN...naiklah ROKET ke BULAN
Tak nampak BULAN...tukar cermin MATA
Oh BULAN...."
Banyaknya mengenai bulan dalam SMSnya. Sebenarnya kata-kata yang lebih kurang begini pernah juga JR nampak sebelum ini, di dalam blog dan dalam FB.
Lalu JR balas SMSnya begini:
"Jangan usik bini...jika dia datang bulan!"
Pasti dia senyum lebar baca SMS JR itu...agaknyalah...
Sebenarnya kawan JR yang dipanggil staf-stafnya Cik Lah itu orang Kelantan. Dia seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri.
Dia hantar SMS kepada JR sejurus sebelum dia bertolak balik ke Kelantan tadi untuk mengundi. Esok Cik Lah akan mengundi di kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan. Sekarang dia on the way balik ke Kelantan.
Mungkin sekarang Cik Lah dah berada dekat Grik atau mungkin juga tayar kereta Toyota Wishnya sudah mencecah Lebuhraya Timur-Barat.
Berhati-hati memandu Cik Lah. Semoga selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali semula ke rumah nanti selepas mengundi...
Kepada korang yang on the way balik untuk mengundi, berhati-hati di jalanraya. Tak kira sama ada anda nak memangkah dacing, bulan, mata atau roket, keselamatan perlu diutamakan...
Bulan tetap dihatiku. Tak ada bulan, roket dan mata pun boleh juga. Yg penting ABCD (Asal Bukan Cap Dacing)..
ReplyDeleteIni kalilah!!
kesian..pas,pkr seperti pungguk rindukan BULAN....
ReplyDeletemujur tempat mengundi dekat je...
ReplyDeleteselamat mengundi..
Esok sama2 kita talqinkan BN.
ReplyDeleteUbah...ini kalilah..
Hehe.. Semua berkaitan bulan ye.. Esok malam bulan terang ke atau bulan gelap agaknya ni.
ReplyDeleteassalam, salam satu malaysia..
ReplyDelete