»

10 May 2013

Mesin Rumput Tanpa Minyak, Boleh Hasilkan Susu Pula....


Ini memang namanya mesin rumput ajaib. Mengapa JR kata ajaib? Ia kerana:

1. Mesin rumput ini boleh digunakan tanpa perlu menggunakan minyak atau bateri atau kuasa solar. Jimat!!!

2. Kita tak perlu menggerakkan mesin rumput ini, tak perlu mengheretnya atas rumput untuk menjalankan kerja. Cukup dengan meletakkannya atas rumput, mesin itu akan bergerak dan bekerja sendiri. Kita boleh tinggalkannya atas rumput, biar dia membersihkan halaman atau belakang rumah kita, sambil kita ke kedai, kemas rumah atau memasak di dapur..

3. Mesin rumput ini berupaya menghasilkan susu. Mana ada mesin rumput lain  di dunia yang boleh menghasilkan susu, ini satu-satunya...

Sebenarnya mesin rumput ini telah diperkenalkan pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa O'hare, Chicago, Amerika Syarikat bagi membersihkan kawasan padang lapangan terbang. Pihak berkuasa lapangan terbang berkata mereka menggunakannya sebagai satu kaedah menjaga alam sekitar dari bahaya pencemaran.

Idea yang bagus kan?

Inilah gambar mesin rumput itu:


Mengikut berita yang JR baca, 25 ekor biri-biri digunakan oleh pihak Lapangan Terbang Antarabangsa O'hare, Chicago bagi membersihkan 120 ekar kawasan lapangan terbang itu.


8 comments:

  1. mbekk..mbekk...mesti riuh rendah depa bekerja kan hehe

    ReplyDelete
  2. tu mesen rumput tradisional.dah lama di gunakan sejak zaman berzaman lg

    ReplyDelete
  3. mesen rumput ni memang menjimatkan...

    ReplyDelete
  4. kenyang lah biri biri tu :-)

    ReplyDelete
  5. Ini yang dikatakan biotech. Konsep sama digunakan untuk menghalang tikus dari sawah padi dengan menyediakan sangkar burung hantu di petak sawah. Burung hantu ini memakan tikus yang keluar diwaktu malam.

    Teknologi ini lebih murah, selamat malah najis dari tahi kambing itu akan menjadi baja pula.

    ReplyDelete
  6. Lepas mesin rumput tu selesai menjalankan tugasnya, bolehla kita selesaikan pulak mesin rumput tu. Haha

    ReplyDelete
  7. hahahha...memang bagus lah kalau dapat mesin rumput ni...daging pun leh makan

    ReplyDelete
  8. Budak Kilang buat RM48,500 Part-Time!

    Mungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
    mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
    itu dengan internet? Tapi...

    Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
    sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
    RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
    sistem yang sungguh luar biasa ini.

    Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...

    Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
    Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
    Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
    Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
    Masrule (RM48,500 +)..IT!
    Syed (RM17,000+).. pensyarah!
    Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
    Ramzi (RM5000+)..JKR!
    Kamil (RM5800+)..pencen!
    Purnama (RM8500+)..surirumah!
    Zahid (RM8000+).. pensyarah!
    Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
    Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
    Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
    Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
    Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
    Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
    Safian (RM2000+)..usahawan!

    Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:


    --> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa


    Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
    bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
    melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....