»

11 May 2013

Kesian Ibu..Dalam 365 Hari Setahun Ibu Cuma Diingati Sehari


Esok ada yang berkata Hari Ibu. 

Mengapa esok dan bukan hari ini atau semalam atau bulan depan Hari Ibu?

Mengikut sumber sambutan Hari Ibu adalah sempena memperingati Mother of Church mengikut ajaran Katolik. Sambutan Hari Ibu di Malaysia adalah pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Ada yang menyatakan (seperti pendapat Ustaz Azhar Idrus di sini...)  menyambut Hari Ibu hukumnya haram, tapi  ada yang kata harus. 

Bagi JR tak salah, malah sangat dianjurkan untuk kita mengingati ibu. Kerana tanpa ibu, tanpa ayah, siapalah kita di dunia ini? 

Cuma mengkhususkan satu hari dalam 365 hari setahun sebagai Hari Ibu itu mungkin isu lain. Kadang-kadang rasa kesian pula kepada ibu...mengapa dalam 365 hari setahun cuma sehari untuk memperingati ibu yang melahirkan kita? Mengapa bukan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan?

JR sudah tidak ada ibu, juga bapa. Kedua-duanya dah meninggal. Anak yatim piatulah kiranya....(teringat satu ceramah agama, ustaz berkata tak kan kita yang dah tua-tua ni masih nak mengaku anak yatim piatu??)

Cuma bagi mereka yang masih ada ibu dan bapa hargailah sementara mereka masih ada. Selalulah menjenguk mereka, jika kita berjauhan dengan mereka. Sebagai ibu dan bapa, bukan hadiah yang kita bawa yang sangat mereka dambakan. Apa yang lebih mereka dambakan ialah kehadiran kita duduk di hadapan mereka, bercerita dengan mereka, mendengar cerita mereka dan menyentuh tangan dan tubuh mereka.

Jika bertemu ibu dan bapa kucuplah mereka dengan penuh rasa ketelusan cinta. Kucuplah mereka ketika mereka masih menyedari kehadiran kita. Janganlah cuma mengucup mereka ketika mereka sudah tidak menyedari kehadiran kita lagi, ketika mereka sedang nazak dan ketika mereka sudah pergi mengadap Illahi, ketika mereka sudah tidak menyedari dan mengenali kita....

Janganlah cuma ketika itu mengucup mereka...

(gambar hiasan dari google)

4 comments:

  1. Dalam ramai2, setiausaha paling untung sebab orang lain dapat satu hari tapi dia dapat seminggu...

    ReplyDelete
  2. hari2 hari ibu..
    tapi sayang ibu dah takde

    ReplyDelete
  3. salam.kaish syg perhatian yg di beri pd kita sbg anaknya tak akan mudha lupa..

    kata org mana tempat yg di manja itulah yg d kenang..

    al fatiha utk kedua ibu bapanya moga sllu berada bawah rahmat kasih sygnya

    ReplyDelete
  4. betul tu JR...bunda baru jer kematian ibu...sayu rasanya bile disebut2 sambutan hari ibu kali ni...kerana tak dapat nak jumpa atau calling2 ibu lagi...huhuhu :(

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....