»

25 May 2013

Betulkah Pemandu Wanita Cemerkap Bawa Kereta????


Korang pernah dengar perkataan cemerkap
Cemerkap ialah perkataan dialek Utara bermakna tak berhati-hati, tak cermat, lalai, cuai, tak cekap....pendek kata ia suatu kelakuan yang negatif..sangat negatif...

Dan tajuk entri JR tengahari ni: pemandu wanita cemerkap bawa kereta.

Bukan JR yang kata pemandu wanita cemerkap, tapi JR baca satu kajian online dalam Sinar Harian mengenai perkara ini pagi tadi:


Pemandu wanita cemerkap (tidak berhati-hati/kurang cermat)?

Setuju
60 %(1425)
Amat setuju
16 %(381)
Tidak setuju
20 %(483)
Amat tidak setuju
4 %(95)
Jumlah Undian: 2384


Nampaknya kebanyakan memberi jawapan SETUJU bahawa pemandu wanita memang cemerkap..tak cekap bawa kereta. Sekali lagi bukan JR yang kata wanita cemerkap, pembaca yang kata...

JR sendiri pernah ada pengalaman kurang manis berhadapan dengan pemandu cemerkap. Pernah sekali di Taman Greenwood, Gombak beberapa tahun dulu seorang wanita melanggar belakang kereta JR ketika JR berhenti di persimpangan jalan. Dia bayar gantirugi, alhamdulillah, tapi tak mencukupi untuk membaiki keseluruhan kerosakan. 

Kemudian ada satu lagi peristiwa berlaku di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang, KL kira-kira setahun lepas itu. Seorang pemandu kereta wanita secara tiba-tiba mengundur keretanya untuk keluar ke susur kiri jalan dan "bammmmm"...keretanya melanggar bumper depan kereta JR yang berada di belakangnya. Yang paling sakit hati wanita itu dengan selamba membelok ke  Jalan Ampang, seolah-olah tak berlaku apa-apa ke atas kereta di belakangnya. Pada hal bunyi pelanggaran itu agak kuat, boleh menyebabkan bayi terkejut dan menangis..JR mengejar kereta wanita itu tapi gagal  kerana tersangkut di traffic light Jalan Ulu Kelang.

Ada lagi beberapa pengalaman tak manis termasuk pemandu wanita yang tiba-tiba membelok tanpa beri signal, bawa perlahan di lorong tengah, parking kereta tak masuk petak dan lain-lain.

Tapi yang manis pun ada juga. Misalnya bulan lepas ketika baru selesai parking di sebatang jalan di pusat bandar Alor Setar (berdekatan bangunan Pizza-KFC), seorang wanita cantik dan seksi datang ke arah JR, "Abang...boleh tolong parking untuk saya. Saya tak pandai..."

Ini jenis wanita jujur, mengaku tak pandai. JR pun bukan pandai sangat dalam bab parallel parking atau parking between two other cars ini. Tapi kerana yang minta tolong tu wanita cantik dan seksi nampak begitu mengharap, JR tolonglah juga. Sekurang-kurangnya hari itu dapat ucapan terima kasih dari seorang wanita cantik...

Tapi kisah cemerkap ni sebenarnya bukan perempuan saja, lelaki pun apa kurangnya. Dua tahun lepas ketika berhenti parking di R&R Seremban, sebuah kereta Proton Iswara melanggar kereta JR ketika dia nak masuk parking. Yang menyakitkan hati pemandu itu (lelaki muda bersama isteri atau girl friendnya) kemudian keluar dari petak parking dan terus blah ke arah lebuhraya...

Bagi JR nak menghukum wanita cemerkap masa memandu tak berapa adil. Bukan semua perempuan begitu. Lelaki pun ada yang cemerkap. Yang cemerkap bawa kereta mungkin ketika itu dia ada sebab tersendiri mengapa dia cemerkap. Mungkin ketika itu dia leka bersembang dengan orang di sebelahnya, mungkin leka berangan-angan tentang pasangan, mungkin ketika itu emosi tak stabil dan 1,001 kemungkinan lain. Pendek kata ia bukan kerana faktor seks atau hormon, ia memang kerana orang itu dah cemerkap....

5 comments:

  1. "Abang...boleh tolong parking untuk saya. Saya tak pandai..."


    adakah isteri JR ada bersama ketika itu hehe...
    sya pantang perempuan lain memanggil suami saya abang heh..

    ReplyDelete
  2. baik betul jr...isteri tak marah ke?hihihi

    ReplyDelete
  3. betullah tu . bolat pun bukan cekap sangat .

    hihi

    ReplyDelete
  4. ada betulnya walau pun bukan semua, tapi mungkin peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. pernah terserempak pemandu wanita kat highway yang masih memandu dengan satu side mirror berlipat. eh, dia ni dari rumah tak tengok side mirror ke apa?

    -perkataan cemerkap dah makin meluas digunakan.

    ReplyDelete
  5. nati leh lah mintak tolong 'abang' jugak..
    hahahahhahahha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....