Kan JR dah kata dalam entri semalam yang JR nak hidupkan kembali kelas belajar dialek Utara dalam blog ini. So sekarang kita masuk kelas, sebab cikgu JR nak ajar satu perkataan Utara untuk korang. Perkataan itu ialah HEMOI.
Tapi sebelum ajar dialek Utara, cikgu JR nak ucapkan selamat Hari Pekerja yang jatuhnya hari ini. Kita semua - tak kira bekerja di sektor swasta atau kerajaan, bekerja sendiri, juga suri rumah - adalah pekerja. Betul kan?
Sekarang kita masuk subjek hemoi.
Pernah korang dengar perkataan hemoi? Kalau orang Utara tak payah tanyalah, mestilah mereka tau apa itu hemoi. Mungkin kerana kebanyakan orang Utara ni memang hemoi-hemoi belaka??
Sebelum nak pergi panjang lebar tentang hemoi, jom JR ajar macam mana nak sebut hemoi:
He: cara menyebutnya seperti menyebut perkataan Inggeris hair (rambut).
Moi: cara menyebutnya seperti menyebut perkataan amoi untuk gadis Cina.
Apa itu hemoi?
Sebenarnya susah juga nak terjemah hemoi ni. Ia adalah campuran perbuatan sengaja merendah-rendahkan diri, peramah berlebihan dan membuang rasa malu dalam diri pada tahap yang kebanyakan orang tak sanggup buat. Itulah hemoi.
Contoh 1: Jiran sebelah rumah kita baru pindah masuk rumah. Kita pun bagi salam, masuk rumahnya dan tanpa dipelawa terus membantunya mengangkut barang dan kemudian memegang penyapu untuk mencuci kotoran di rumah yang baru didudukinya. Lepas itu kita akan bersembang panjang dengan tuan rumah mengenai latar belakang kita, termasuk perangai buruk kita dan kita terus bercakap walaupun tuan rumah nampak boring dengan cerita kita yang entah apa-apa itu. Kita juga sekali sekala mengusik anak tuan rumah walau baru 15 minit mengenalinya.
Kita dipanggil hemoi jika berkelakuan macam tu.
Contoh 2: Kita menghadiri temuduga satu jawatan yang kita sangat harap untuk mendapatkannya. Lepas temuduga selesai dan pengerusi panel temuduga memberi isyarat untuk kita keluar, sebaliknya kita masih tidak berganjak dari bilik temuduga. Kemudian kita tanpa rasa malu mendekati pengerusi, mengeluarkan sapu tangan dan menangis terisak-isak meberitahu kita sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kerja itu termasuk mencuci kasut ahli-ahli panel temuduga sekarang juga.
Kita dipanggil hemoi jika berkelakuan macam tu.
Jadi sekarang korang dah faham makna perkataan hemoi kan? Tak ramai orang di dunia yang sanggup berkelakuan hemoi, walaupun orang hemoi biasanya disukai ramai kerana sentiasa merendah diri dan keramahan melampaunya..
Dulu masa JR bekerja di Perlis, Menteri Besarnya selalu minta rakyat Perlis hemoi dengan orang luar bagi menarik pelancong melawat negeri itu. Katanya orang pasti akan datang lagi ke Perlis jika mereka tahu rakyat Perlis hemoi-hemoi belaka dan tak sombong.
Dekat-dekat pilihanraya ni JR tengok ramai calon pilihanraya yang bertanding hemoi-hemoi belaka. Yang dulu pakai kot dan tie yang begitu smart, sekarang sanggup pakai kain pelikat masuk kampung dan bersalam dengan semua orang yang mereka temui. Ada pula yang hemoi pergi bersalam dengan semua orang di pasar sambil merayu 'jangan lupa undi saya naa...'. Pada hal masa masih bergelar YB dulu mereka tak pernah hemoi macam tu, asyik duduk di KL uruskan bisnes juta-juta mereka, kalau balik sekali-sekala pun bila jumpa muka tak pernah senyum, jawab salam pun bunyi di hujung kerongkong saja...
Ada calon yang hemoi-hemoi ni sekarang masuk kampung berkempen naik motor. Kereta mewah mereka rosak kot?? Kalau nak tengok mereka naik BMW dan Merc sambil bersandar di seat belakang sambil baca paper seperti dulu, kena beri mereka menang sekali lagilah..
Ada calon yang hemoi-hemoi ni sekarang masuk kampung berkempen naik motor. Kereta mewah mereka rosak kot?? Kalau nak tengok mereka naik BMW dan Merc sambil bersandar di seat belakang sambil baca paper seperti dulu, kena beri mereka menang sekali lagilah..
Ada pula calon-calon yang hemoi pergi program gotong royong, pegang cangkul dan penyapu dan sama-sama membersihkan kawasan bersama pengundinya. Pada hal masa jadi YB dulu hadir program gotong royong cuma untuk beri ucapan kemudian terus blah dengan kereta besar, tak pernah teringat nak pegang cangkul atau penyapu pun.
Ini mungkin namanya hemoi cari makan, hemoi ada udang di sebalik camca??
takde perkataan yg tepat utk mengambarkan perkataan hemoi kan...ikut keadaan maksud dia..
ReplyDeleteOo..baru tau hemoi ni..
ReplyDeleteHehe smpat lg selit politik ya JR.
selalu cakap hemoi sebab kawan2 banyak suka hemoi2
ReplyDeleteooooo...faham2....
ReplyDeletejap2 nak mengundi ni...yang tak pernah trun ke pasar..sanggup hanyir kan tangan..
hehehhe
baru perasan, termasuk entri semalam, dah lama tak buat kelas bahasa.
ReplyDeleterasanya, hemoi ni lebih banyak yang negatif...
salam jay ar.
ReplyDeleteHemoi. Ok. Panjang lebar jay ar