»

02 May 2013

Jangan Ingat Engkau Kuat Engkau Selamanya Gagah



Korang peminat bola? Ramai pompuan tak berapa minat bola. Lelaki pun ada yang tak minat bola, apa lagi mereka yang kaki bangku seperti JR.

Antara kelab bolasepak dunia yang JR paling minat ialah kelab Sepanyol, Barcelona. Paling JR minat sudah pastilah Lionel Messi, lelaki kecil (mengikut saiz orang putih) tapi sangat lincah di padang dan bila dapat bola jarang mempersia-siakannya. Sebab itu ada yang menggelar Messi budak ajaib, kaki emas dan lain-lain.

Barcelona memang kuat. JR yakin kalau lawan dengan pasukan bolasepak  Harimau Malaya jika kita kalah 7-0 itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan kita kerana sepatutnya kita wajib kalah 15-0 kepada pasukan yang menghimpunkan hampir semua  bintang terbaik dunia itu.

Tapi mereka yang kuat tak semestinya selamanya gagah. Jika Tuhan mahu mengajar keangkuhan kita Dia boleh melakukannya tanpa apa-apa amaran. Berhadapan dengan kelab German, Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pagi tadi, tiba-tiba Barcelona seperti hilang arah. Kantoi tak terperi apabila mereka dibelasah 3-0 di hadapan penyokong-penyokong sendiri hasil jaringan Arjen Robben, Thomas Muller dan gol sendiri Gerard Pique. Dalam separuh akhir pertama di depan penyokong Bayern sebelum ini mereka kalah 4-0. Jadi secara agregat Barcelona kalah 7-0.

Ia kekalahan terteruk Barcelona sepanjang abad. Siapa sangka pasukan yang begitu kuat, kaya dan berkuasa akan kalah seteruk itu?

Tebalnya muka....pasukan terhandal di dunia yang bergemerlap dengan bintang-bintang terbaik dunia boleh dikalahkan dengan begitu teruk. MALUUUUUU....

NOTA KAKI: 5 haribulan nanti kita akan mengundi. Apa saja boleh terjadi pada 5 haribulan nanti. Tak semestinya yang kuat akan menang dan tak semestinya yang lemah akan kalah.

Kepada yang berasa dirinya kuat jangan pengsan jika kalah.
Kepada yang menang pula jangan takbur, anda akan diadili dalam PRU-14 nanti...

Selamat mengundi.

3 comments:

  1. Saya tak minat bola, suami pun sama..sng.

    Saya tak sokong kepimpinan BN, suami pun sama..sng!

    ReplyDelete
  2. semua ahli keluarga saya kaki bangku...so takde gaduh2 hehe..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kedua-dua gergasi sepanyol tumbang di separuh akhir. Hehe.. Tinggallah pasukan german di final nanti.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....