Dalam entri JR pagi tadi, JR ada beritau nak bawa anak ke hospital lepas solat Jumaat hari ni.
Sebenarnya dah 3 hari anak lelaki JR mengadu matanya sakit. Bila JR periksa memang nampak kesan lebam di sekitar matanya. Ingatkan sakit mata biasa, tapi taruk eye-mo masih tak baik juga. Semalam sebelum Fahmy ke sekolah untuk ambil result SPMnya, JR bawa dia ke klinik. Doktor bagi 3 jenis ubat, termasuk ubat makan dan sapu. Doktor kata dia sakit mata. Confirm...
Tapi bila bangun pagi ni...ya Allah teruknya muka anak bujang JR tu: bukan saja mata tapi separuh mukanya bengkak, merah seperti terbakar, menggelupas dan berbintik-bintik teruk dari bawah hidung hingga ke dahi. Jadi bukan sakit mata seperti yang diberitau doktor semalam. Tapi tak boleh salahkan doktor kerana semalam cuma sekitar mata Fahmy saja yang bengkak dan lebam, sebab tu kot doktor ingat sakit mata.
Tapi hari ni bengkak di sekitar mata dah merebak...50% mukanya bengkak. Hasil carian di internet Fahmy beritau JR dia mungkin kena kayap mata. Katanya hasil maklumat di internet kayap mata sangat bahaya sebab ia boleh merosakkan kornea mata. Menakutkan!!
Petang ni JR bawa Fahmy ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk mengesahkan apa sakit sebenarnya. Kayap mata atau simptom sakit lain? Nasib baik petang ini orang tak ramai di wad kecemasan HSB. Tak sampai 40 minit lepas daftar, menjalani ujian saringan, kemudian dah boleh jumpa doktor. Seorang doktor perempuan Melayu berusia 20an yang manis lagi cute memeriksa Fahmy..
"Kena kayap ke doktor?" tanya JR.
"Kayap tak macam ni. Dia kena gigit charlie ni" beritau doktor.
Alamak, kena gigit charlie, binatang yang namanya sungguh glamer tu? Tiga tahun lepas anak lelaki JR yang masa tu sedang belajar di Kolej Matrikulasi Pendang juga pernah digigit charlie di lengannya. Berbulan juga la nak hilang parut gigitannya yang kata anak JR sangat menyakitkan itu. Katanya ramai rakan-rakan di asrama kolej juga pernah kena serang dengan serangga kecil yang berbisa ni. Yang paling teruk ada kawannya kena dekat kawasan mata, ia akan menimbulkan parut berbulan-bulan hingga muka nampak macam lanun!
Doktor memberi beberapa jenis ubat termasuk ubat sapu, ubat makan dan anti-biotik kepada Fahmy. Kata doktor, charlie walaupun kecil ia adalah antara serangga yang paling berbisa di dunia. Kes serangan serangga ini kebanyakannya berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Yang paling menakutkan gigitan serangga ini jika sudah ditakdirkan ia boleh membawa maut!
Tapi mengikut doktor, Fahmy sebenarnya bukan kena gigitan charlie, dia cuma terkena cecair yang dikeluarkan oleh serangga itu. Jika serangga kecil ini hinggap di tubuh dan bila kita menyentuhnya ia akan mengeluarkan sejenis cecair. Cecair itulah yang mengeluarkan bisa yang sangat kuat dan sangat menyakitkan...
JR minta maaf sebab tak dapat tunjukkan wajah anak bujang JR yang terkena serangan charlie tu sebab dia tak izinkan mukanya diabadikan dalam blog ini, sebab katanya dia takut mukanya yang hensem akan menarik perhatian gadis-gadis di luar sana ( hahahaha...perasan!!)
Tapi sebelum tu korang pernah tengok charlie tak? Bagi yang pernah tinggal di asrama terutama di Utara Semenanjung, tentu kenal serangga yang namanya sangat glamer ni. Beginilah rupa binatang kecik yang sangat berbisa tu:
(Sumber foto: Auntie Google)
Ini foto kesan kena air bisa charlie (ihsan dari auntie google):
Bila balik ke rumah JR cuba mencari maklumat di beberapa laman web mengenai si-kecil berbisa ni. Dan inilah antara maklumat mengenai charlie yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai:
CHARLIE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)
Kesan kepada manusia:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.
Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang
Nasihat kepada yang dijangkiti:
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
eh bahaya jugak walau kecil kecil pun .
ReplyDeleteanak akak dh pernah kena kt muka waktu dia tidur masa kt kolej kediaman..melecur jgk skit..nasib baik parut hilang
ReplyDeletetak pernah tgk...tak padan dgn kecil...kesannya begitu mengerunkan..
ReplyDeleteehh anak sulung saya belajar kat KMTK jugak 3 th lps..
WOW... Boleh tahan juga serangga nih!
ReplyDeleteMemang kebiasaan IM tidur dengan lampu gelap.
Alhamdulillah!
seriau nyer tengok..
ReplyDeleteKecil-kecil cili api. Walau kecil, tak sangka bisanya tak terperi. Moga cepat sembuh...
ReplyDeletecharlie memang bahaya..sakitnya kalau terkena.
ReplyDeletebru ta tau.tq info
ReplyDeletebahaya kena gigit ni...tq info, ada terbaca di blog lain suatu masa lalu..
ReplyDeleteTQ kerana berkongsi maklumat. Saya pun tak pernah tengok serangga kecil yang berbahaya ni. Terpaksa tanya 'Pak Cik Google'. Anak saya kena gigit di asrama.Hu..hu..
ReplyDeletesaya sendiri penah bpgalaman terkena jangkitan charlie ni mse blajar di Politeknik Seberang Perai duk di uma sewa..mmg sgt sakit dan pedih..muka mmg mcm lanun gk kena dibhgn tepi mulut..
ReplyDeleteehhh.. teruknye.. mcm anai2 pun ade juga ea. Thanks sharing
ReplyDeleteblh whatsapp sy x admin..ank sy pn kne charlie dkt muka dan mata..0135803484
ReplyDeleteblh whatsapp sy x admin..ank sy pn kne charlie dkt muka dan mata..0135803484
ReplyDeleteSy baru kena 2hari dh..kesan dia mmg sakit..sy pergi poliklinik ehsan dia cucuk ubat skali dgn bg makan ubat..doctr kata kesan yg lg teruk kepada yg ada alahan kulit atau ubat..klu yg xda alahan tu alhamdulillah..cuma kn mkn ubat dgn terima la dgn redho huhu..
DeleteNak tanya , apa tanda2 kena bisa semut charlie tu eh
ReplyDelete