»

26 May 2013

Madu Tiga: Ustaz Azhar Idrus Kawin Lagi...Tahniah!!


Mungkin korang dah terbaca berita ini beberapa jam lalu. Kalau belum membacanya marilah sama-sama kita mengucapkan tahniah kepada UAI atau Ustaz Azhar Idrus kerana telah bertemu jodoh dengan isteri ketiganya. UAI baru beberapa jam lalu selamat diijab kabulkan dengan isteri ketiganya yang berusia 27 tahun.
Korang pasti kenal UAI penceramah tersohor berasal dari Terengganu yang pernah diangkat sebagai ikon remaja tu kan? JR dah beberapa kali mendengar ceramah dakwahnya yang disampaikan dalam gaya tersendiri dan bersahaja (kadang-kadang sambil memetik gitar) yang menarik minat ramai anak muda mendekatinya. Di dalam setiap kali ceramah UAI akan membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan dia menjawabnya secara spontan  dengan gaya santai dan berjenaka. Itulah antara kelebihan UAI...
Anak-anak JR juga suka dengan UAI, mungkin kerana mereka bangga dengannya yang pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Haji Mohd Shariff, Alor Setar, sekolah rendah anak-anak JR belajar.
Di bawah ini antara beberapa gambar perkahwinan UAI yang JR ciplak dari beberapa blog (Kredit kepada mereka, nak sebut satu persatu blog banyak pula..)
ustaz azhar idrus kahwin
Ustaz Azhar Idrus kahwin
gambar ustaz azhar idrus kahwin dengan isteri ke 3
Kabarnya yang di kiri dan kanan mempelai adalah kedua-dua orang isterinya. Sila sahkan jika tak betul....
Isteri ketiga UAI ini kabarnya bernama Izyan berusia 27 tahun. Dia adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Pas Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Yang paling manis majlis pernikahan ini turut disertai kedua-dua orang isteri UAI...
JR....Cuma punya seorang isteri
        mau dakap sampai mati....

3 comments:

  1. ada tengok dalam fb tadi..ingat kan tipu je..sekali betol UAI kawen lagi...

    hebat betol hati isteri2 dia kan...
    sanggup jadi pengapit

    ReplyDelete
  2. Tahniah ustaz... dia mampu adil..kalau JR berani ker ?..hahaha jgn marah ..

    ReplyDelete
  3. IM pun harap harap hanya punyai satu isteri...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....