Baru dua tiga hari lepas heboh dalam TV dan youtube pasal budak-budak lelaki sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang membelasah seorang ketua kelas kerana kononnya berpunca dari kes bawa henset ke sekolah. Akibatnya tiga pelajar lelaki tersebut dibuang sekolah.
Sebenarnya kisah budak-budak sekolah bergaduh ni dah banyak masuk youtube. Sesetengahnya JR nampak macam berlakon pulak. Saja nak cari publisiti kot, buat-buat bergaduh kemudian masuk youtube. Tapi sesetengahnya memang bergaduh betul-betul.
Semalam ketika masih heboh tentang kisah pergaduhan budak-budak lelaki di Seberang Jaya tu, keluar pula satu video mengenai budak-budak perempuan sekolah menengah pula bergaduh. Ini pun bukan kes pertama video budak-budak perempuan sekolah menengah bergaduh. Sebelum ni pun pernah tengok, ada yang sampai terselak macam-macam, masyaallah...
Cuma JR sedih apa nak jadi dengan budak-budak Melayu beragama Islam ni, ia masalah moral yang memalukan bangsa dan agama, lelaki pompuan sama saja. Kecik-kecik lagi lelaki dan pompuan berlumba-lumba nak tunjuk merekalah yang paling samseng....
Ketika demam pilihanraya PRU-13 semakin membahang, tiba-tiba teringat: masalah membaiki keruntuhan moral budak-budak kita tu ada ke tak dalam Manifesto Pilihanraya BN dan PR?
Sekarang ni hari-hari PM Datuk Seri Najib dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin berkempen dalam TV bahwa manifesto merekalah yang terbaik untuk masa depan negara. Tapi tak pernah nampak pun Tan Sri Muhyidin yang juga Menteri Pelajaran cakap tentang manifesto pilihanraya untuk membaiki moral pelajar ketika berkempen di TV?
Atau mereka memang ada cakap pasal tu di TV, cuma JR saja yang overlook kot..?? Ahaks.....
Dulu selalu jugak tengok video budak2 perempuan bergaduh dekat youtube ni. Tapi sejak kebelakangan ni dah jadi kecoh pulak.
ReplyDeleteskolah tu dkat dgn rumah je.. apa nk jd bdk2 zman skrg nie
ReplyDeletekat malaysia ni ada sejenis "wabak" nama wabak tu "fenomena" dia klw satu kejadian berlaku... lepas tu dalam minggu yg sama akan berlaku lagi dua tiga kejadian yg seakan2 serupa cuma berlaian lokasi, kejadian, sipelaku dsb.... bila la nak kembali mcm zaman2 sekolah tahun 70an dulu =='
ReplyDeleteapalah faedah yang mereka dpt bl gaduh...
ReplyDeletebudak2 sekarang nak nampak hebat bila digelar samseng....banyak sangat tengok cerita gaduh2..sampai terbawak2...memang patut kerajaan/kementerian pelajaran laksanakan misi untuk menyelamatkan masalah keruntuhan akhlak dan moral pelajar ni...
ReplyDeleteorg kalau risau pangkat tu jadinya.wahualam..
ReplyDeletedok pikir masa depan anak2 kita ni alahai..
Last saya tengok bdk sekolah gaduh real..masa zaman sekolah rendah. Bertumbuk, berguling bagai.
ReplyDeleteTp skrg saya tak lalu nk tengok video gaduh2 ni, seram geram nanti.
alahai... mcm2 skrg nih!
ReplyDeletepatutnya dah tak de kes2 sebegini di zaman yg serba maju ni..erm..
ReplyDeleteP/s teringat dulu ta masa sekolah2..
ada nampak mereka di gari 3 orang. semoga cepat insaf...
ReplyDelete