»

11 April 2013

PRU-13: Aku Undi Parti KFC...Pasti!!!!


Korang yang layak mengundi dalam PRU-13 pada 5 Mei nanti dah buat keputusan ke parti mana yang korang nak undi? BN atau PR? Kalau PR parti mana - DAP, PKR atau Pas?

Atau nak tengok calon pilihanraya dulu baru nak undi? Nak tengok dulu siapa  calon - personalitinya macam mana, tahap pendidikan macam mana, hubungan calon dengan masyarakat macam mana dan kemudian baru tengok parti yang diwakilinya?

Tapi JR sudah pasti dengan pilihan ini:
JR akan undi parti KFC dalam PRU-13 ni, pasti:-


PRU13 : KFC Tawar Diskaun Promosi Pilihan Raya, Bermula Hari Ini !!

kfc diskaun

KFC Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan menawarkan diskaun untuk produk tertentu restoran makanan segera tersebut bermula 9 hingga 30 April ini.
Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. selaku pengendali KFC Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi bagi setiap pembelian Bucket dan Barrel KFC melalui Promosi Pilihan Raya KFC Malaysia.

“Promosi yang berlangsung dari 9 hingga 30 April 2013 menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelanggan yang membeli Bucket dan Barrel KFC bermula pukul 9:30 malam sehingga restoran ditutup. Manakala untuk restoran 24 jam, tawaran ini adalah sah sehingga pukul 2 pagi.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan promosi bersempena pilihan raya ini sebagai tanda sokongan kepada semua rakyat Malaysia yang akan melalui proses pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Zaki berkata, tempoh Promosi Pilihan Raya KFC Malaysia itu bagaimanapun bergantung kepada tarikh sebenar pilihan raya dan sekiranya hari pengundian melepasi hujung bulan ini, pihaknya akan meneruskan promosi itu sehingga tarikh pengundian.
Menurut beliau, promosi itu dharap dapat memenuhi keperluan rakyat terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam menjalankan kerja-kerja pilihan raya yang bekerja siang dan malam sepanjang tempoh kempen dan pilihan raya berlangsung.
“Ekoran bilangan restoran KFC yang besar, dengan kira-kira 560 restoran di seluruh Malaysia, (diskaun) KFC akan dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya lagi. – mynewshub.my

11 comments:

  1. promosi bermula 9.30 malam...lewatnya..

    ReplyDelete
  2. bucket, barrel..hurm, tak dpt le saya amik peluang. byk sgt tu..

    ReplyDelete
  3. air asia sudah, kfc pun sudah. nak tunggu shopping buat sale pulak. eh, ada ke?

    ReplyDelete
  4. kunjungan perdana gan..
    salam kenal dan sukses terus..
    kunjungan balik ya..

    ReplyDelete
  5. sy undi semua blh hee..teros semua undi rosak

    ReplyDelete
  6. 930 bermula sebab siang punya sales kaut untung dulu....malam lepas peak hours baru ada sales...walaupun margin untung kecil tapi ambil untung volume..

    yelah kalau semua buat sales memang betul-betul raya..haha

    ReplyDelete
  7. er lupa..vote for PR! ini kalilah! ahaks

    ReplyDelete
  8. dah lama tak mkn KFC.. rasanya dah 6 bulan kot.. sbbnya deno rasa kfc makin masin!

    ReplyDelete
  9. selalu mkn kfc guna kad diskaun siswa tu..hehe

    ReplyDelete
  10. puluh tahun dah tak makan kfc.

    ReplyDelete
  11. risau nampak tergoda juga, tekanan darah dah naik naik tangga..bahaya jg kalau selalu makan bergoreng2 ni...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....