»

13 April 2013

Bila Adikku Dah Pandai Buat Skandal



Tersirap seketika darah JR pagi tadi, bila terlihat wajah Ujie (nama sebenarnya Fawzi), adik lelaki JR di Market Besar Alor Setar.

Isteri JR yang mula-mula nampak Ujie: "Tu bukan Ujie ka?" sambil jari isteri menunjuk kepada wajah seorang lelaki berambut agak panjang, sedikit berjambang dan berkacamata bingkai hitam yang sedang makan berselang tiga meja dengan meja JR dan isteri makan.

"Ya lah...tapi sapa pula pompuan di sebelahnya? Macam mana dia boleh sampai ke sini pula?"

Ya lah, macam tak percaya pula. Ujie tinggal di Penang, dia pula bukan bujang lagi...tak kan dia datang dari Penang untuk buat maksiat skandal di Alor Setar yang jaraknya kira-kira 100 km dari Penang? Adakah dia takut buat skandal dengan pompuan tu di Penang, takut orang tau kot, sebab tu dia buat di Alor Setar?? Haru..haru...

Sedang hati tertanya-tanya, tiba-tiba nampak Ujie berdiri diikuti teman wanitanya yang tak bertudung tu..

"Eh, bukan Ujielah...orang lain!!" kata isteri JR sambil tergelak kecil.

Ya lah...itu bukan Ujie. Muka saja lebih kurang tapi tinggi lelaki yang JR nampak di Market Besar pagi tadi tu jauh berbeza. Lelaki tu lebih kurang 10 cm lebih tinggi dari adik JR!

Sebenarnya ini bukan kali pertama JR alami kes pelanduk dua serupa. Bulan Mei tahun lepas ketika menghantar anak studi di Melaka peristiwa yang sama berlaku ketika kami sekeluarga singgah makan di sebuah restoran KFC di Melaka. Ketika itu JR ke toilet, anak perempuan JR ikut sama ke toilet. Cuma dia masuk toilet perempuan, JR masuk toilet lelaki. 

Ketika JR keluar dari toilet nampak anak perempuan JR sedang berlari pantas ke arah seorang lelaki bertopi. Terkejut juga JR, siapa lelaki tu, mengapa anak perempuan JR mengejarnya?

Tiba-tiba ketika anak JR seperti mahu memegang tangan lelaki itu dia menarik balik tangannya..

"Sha..Sha!!" panggil JR.

Anak JR berpaling ke belakang dan mendapatkan JR.

"Kantoi..kantoi..." katanya dengan muka masih merah, "Tu...lelaki tu...sebiji macam abah!!"

Ketika habis makan dan kami sekeluarga menuju ke arah kereta, anak lelaki JR menunjukkan tangan ke arah seorang lelaki. JR seperti nampak bayang-bayang JR dalam tubuh lelaki itu...patutlah anak perempuan JR hampir memegang tangannya, memang seperti klon JR!

Yang lucunya bila anak-anak lelaki itu melihat wajah JR, mereka membisikkan sesuatu kepada ayah mereka sambil menunjuk-nunjuk kepada JR. JR boleh agak apa yang mereka kata kepada ayah mereka: ada klon ayah di seberang sana!! (agaknya lah...)

Semasa di Tingkatan Enam di Sekolah Abdullah Munshi, Penang, JR pernah terjumpa dengan cikgu Faezah, guru ekonomi kami yang putih melepak dan sangat cun itu di Pasar Chowrastra, Penang Road. 

"Asalamualaikum cikgu...borong sakan nampak, cikgu beli apa ni??" tegur JR buat-buat peramah.

Tapi wajah cikgu Faezah nampak seperti terkejut bila melihat JR.

"Salah orang kot...." balas 'Cikgu Faezah' sambil tersenyum melihat JR, "Saya kerja di bank, bukan cikgu sekolah". 

Bila JR perhati wajahnya betul-betul memang konfem JR salah orang. Mana menghilangnya tahi lalat manis di bawah bibir cikgu Faezah? Wanita itu bukan Cikgu Faezah. Kantoi..kantoi..

Sejak itu JR selalu berhati-hati jika terjumpa orang dengan wajah serupa di lokasi yang meragukan. Takut kes pelanduk dua serupa berlaku lagi!!

Tapi pagi tadi terkena lagi...hampir-hampir menuduh adik sendiri terlibat dengan skandal...

NOTA KAKI: Sekarang dunia politik Malaysia sedang heboh dengan cerita Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakan terlibat dengan skandal seks bersama seorang wanita. Kabarnya video skandal seks Datuk Mustafa sedang diedarkan dari rumah ke rumah di Terengganu...

Sebelum ini dah beberapa kali video dan gambar skandal seks dua pemimpin  PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian Azmin Ali tersebar di internet. Video skandal seks mereka juga diedarkan bukan saja ke rumah-rumah, tapi juga ke masjid. Malah dikatakan video Seks Nurul Izzah juga sedang dalam pembikinan dan akan diedarkan tak lama lagi. Lepas ni orang Islam yang ketagih seks bolehlah tengok aurat kaum wanita lagi....

Pilihanraya dah dekat dan semakin mendekat. Dan orang Melayu yang beragama Islam ni nampak memang sangat suka tengok video lucah dan benda-benda sulit orang...ihiks!!!!

(Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan begitu juga perempuan dengan perempuan yang lain bercampur dalam satu selimut.”)

5 comments:

  1. nasib baik JR dan isteri bukan kaki gosip liar. kalau tak, habis dihebohkan ke orang lain, jam tu jugak tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  2. salam jay ar.
    Pernah juga terjadi pada ta.pertama dan terakhir.lepas tu ta akan penuh berhati hati dalam menegur org..keramahan memakan diri sendiri.

    P/s tak de masalah nak iklankan di tempat ta. Silakan. E-mail
    tiranaaduka@gmail.com

    Insya-allah ta cuba bantu dgn sebaik mungkin.niat ikhlas jay ar.akan di balas kelak.

    ReplyDelete
  3. kata orang diri kita ada 7 yang sama, kalau dah jumpa satu ada lg 6 ..rasanya macam pelikkan kalau jumpa wajah dan body serupa...sayua belum pernah...

    ReplyDelete
  4. wah..jarang2 berlaku. dan tak pernah jadi kat saya pun.

    *terkejut jap sbb nama serupa..ujie. ^_^

    ReplyDelete
  5. Mengenai video lucah pemimpin Pas tu, kalau nak tengok bagaimana Umno @ UmPorno mencipta imej pemimpin itu dalam video lucah mereka boleh dilihat di http://www.erapasca.com/2013/04/edisi-video-seks-misteri-klon-mustafa.html

    -ANAK MUDA INI KALILAH

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....