Salah siapa bila jadi macam ni? Budak-budak pompuan ni tak takut kepada Allah Yang Maha Melihat apa yang mereka buat ke bila mereka mempersenda perintah Allah??
Mungkin nak salahkan 100% budak-budak pompuan ni tak boleh juga. Nak salahkan sekolah kerana membiarkan kelakuan tak senonoh ini terjadi di asrama sekolah pun tak boleh juga.
Budak-budak pompuan ni anak siapa? Anak mak bapa merekalah kan? Jadi ibu bapa tak boleh nak lepas tanganlah apa yang berlaku kepada anak-anak mereka.
Kejadian ini sebenarnya bukan berlaku di Malaysia, tapi di Indonesia. Ia boleh dilayari melalui laman Youtube yang berdurasi selama 5 minit 34 saat yang menunjukkan sekumpulan murid-murid pompuan di sebuah Sekolah Menengah Atas (SMA) mempersenda rukun-rukun solat yang diselang seli dengan musik rancak lagu One More Night dendangan Maroon 5.
Akibatnya budak-budak pompuan tu telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat itu diketahui oleh pihak sekolah.
Video itu dipercayai dirakamkan pada 9 Mac lalu tapi cuma diketahui oleh pihak sekolah pada 30 Mac. Pengetua sekolah atas dasar mahu menjaga imej sekolah telah membuang serta merta pelajar-pelajar itu dari sekolahnya.
Sekali lagi timbul persoalan: SALAH SIAPA KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU???
Sumber info di sini.
Sekali lagi..saya malas nk tengok video gini. Nanti geram sendiri.
ReplyDeleteSalah siapa? Bila dah jadi gini tak guna cari salah siapa, tapi semua pihak kena sama2 usaha perbetulkan kesilapan.
saya tak boleh tgk...spt video pelajar kena buli kat penang ari tu...GERAMMMM..rasa nak bg pelempang ja budak2 gediks mcm tu
ReplyDeletemacam2 lah dunia luar ni.umur 5 tahun kanak2 perempuan dirogol.dunia dah daif ni.astagfirullah...
ReplyDeleteada jugak tengok dalam fb...
ReplyDeletebudak2 zaman sekarang...x tau lah apa yang ada dalam otak diorang
salah mereka dan keluarga mereka..(dialog diana yusuf)
ReplyDelete