»

21 April 2013

Pilihanraya Artis


Teringat masa JR di Tingkatan 6 dulu. Satu hari kami pelajar-pelajar lelaki yang tak laku (tak ada steady girl friend) berbincang hal masa depan yang menyeronokkan - isu perkahwinan. Seorang kawan menyatakan jika ditakdirkan dia kahwin dia berharap tak akan berkahwin dengan artis. Artis yang dimaksudkan kawan itu ialah pelakon.

Katanya kahwin dengan pelakon sangat bahaya kerana mereka pandai berlakon dan kita tak boleh meneka sama ada apa yang kita lihat pada dirinya memang benar-benar begitu atau ia cuma salah satu episod lakonan mereka.

Tapi bagaimana pula jika artis menjadi ahli politik, menjadi wakil rakyat? Semalam tiga orang artis otai bertanding sebagai calon pilihanraya PRU-13. 

Antara mereka ialah Aishah yang bertanding atas tiket Pas di Parlimen Jempol menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Aishah dan Tan Sri Isa Samad

Dayangku Intan pula akan bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Pangerang, Johor menentang bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Seri Azalina (kiri) dan Dayangku Intan (kanan)

Seorang lagi artis, Herman Tino pula bertanding atas tiket Bebas di Tanjung Karang menentang Pengerusi BN Selangor dan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar.

Herman Tino (kiri) dan Datuk Seri Noh Omar

Ketiga-tiga artis ini adalah artis otai yang tak aktif lagi menyanyi. Antara mereka JR lebih mengingati Aishah yang selain pernah popular dengan lagu "Janji Manismu", satu lagi lagu dendangannya "Pulanglah"  akan menjadi lagu wajib yang berkumandang di radio setiap kali tiba Hari Raya. 

Tapi yang paling hebat untuk  artis-artis otai kita ni ialah mereka menentang orang-orang hebat yang semuanya pernah menjadi menteri. Bolehkah artis-artis yang dulu hebat dengan nyanyiannya ini  mengalahkan bekas menteri-menteri yang juga sangat hebat dalam putar belit politik?

Artis menjadi orang penting dalam politik bukanlah tak pernah terjadi di dunia ini. MG Ramacahndran seorang hero filem Tamil pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, India. Ronald Reagan bekas Presiden Amerika era 1990an dulu pula adalah bekas pelakon terkenal Hollywood. Begitu juga Arnold Schwarzenegger pelakon Hollywood yang pernah menjadi gavernor Calirornia, Amerika. Dan di negara jiran kita, Filipina seorang pelakon yang sering menajdi hero filem-filem Filipina, Joseph Estrada pernah menjadi Presiden Filipina 10 tahun lalu.

Bagaimana dengan artis-artis Malaysia yang bertanding dalam PRU-13 ini? Adakah bintang mereka secerah Ronald Reagan, Arnold Schwarzenegger, MG Ramachandran atau Joseph Estrada yang pernah menjadi pemimpin terkenal di negara masing-masing?

Jika Allah sudah menyatakan kun fayakun, maka seiapa pun boleh menang dalam PRU-13 ini.....Pilihan adalah di tangan rakyat Malaysia dan ketentuan serta takdir Illahi akan menetukan masa depan mereka dalam politik.

Gud luck....

5 comments:

  1. IM percaya, Herman Tino bukan menentang Noh Omar tetapi ingin membela artis. Itu yang IM dengar dari temubualnya dengan media.

    Tapi yang jelas; mereka akan menentang calun pas...

    http://wowberita.org/pru-13-herman-tino-lawan-noh-omar-di-tanjung-karang

    ReplyDelete
  2. Awie yg disebut2 calon BB,tak naik namanya..:)

    ReplyDelete
  3. Silap2 5 tahun akan datang makin ramai pulak artis... dah jadi pilihanraya artis agaknya masa tu. Haha

    ReplyDelete
  4. no komen lah pasal politik negara ni..

    ReplyDelete
  5. baru nampak dayangku intan ni, dulu lagu2 dia kegilaan remaja..berpolitik ni sihat jika niat ikhlas

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....