Terkejut juga JR bila 3 hari lepas ada seorang kawan berkata ada orang kampungnya di Sik, Kedah nak jual kapalterbang dengan harga RM7,000 saja.
JR ingat dia melawak, tapi dia bersungguh-sungguh berkata dia serius, kapalterbang yang dicipta orang kampungnya itu cuma berharga RM7,000. Ini bukan kapalterbang mainan budak-budak, kata kawan itu. Kalau nak kepastian katanya datanglah ke kampungnya di Sik, tengok dengan mata sendiri.
Kapalterbang cuma berharga RM7,000....pelik sungguh!! RM7,000 tu lebih kurang sama dengan harga motor Yamaha RXZ. Tapi ini bukan motor, ini kapalterbang!
Mengikut reseach JR harga kapalterbang berpuluh hingga beratus juta ringgit. Contohnya harga sebuah kapalterbang boeing 737 adalah sekitar USD30 juta (RM91.3 juta). Jika kapalterbang yang lebih besar harganya jauh lebih tinggi, misalnya jika boeing 777 harganya sekitar USD210 juta (RM639 juta).
Tapi kapalterbang made in Sik ini harganya cuma RM7,000. Kalau begitu JR nak beli satulah kapalterbang RM7,000 tu, tak cukup duit boleh kongsi dengan isteri. Senang untuk isteri berulang alik ke tempat kerjanya di Pendang yang jauhnya kira-kira 35 km dari rumah kami....
Tengahari tadi ketika JR membelek-belek beberapa akhbar online, JR terbaca mengenai cerita kapalterbang yang kawan JR katakan itu. Tersenyum sampai nak carik mulut bila membaca kisah kapalterbang RM7,000 tu. Inilah rupa kapalterbang itu:
Ramainya pengunjung...
Sebenarnya ia cuma replika kapal terbang yang dibina penduduk-penduduk Kampung Batu Besar, Sik sempena Pilihanraya Umum-13. Ini adalah cara mereka menyambut pilihanraya yang cuma datang 5 tahun sekali saja itu dengan membuat replika kapalterbang.
Mengikut beritanya, orang ramai dari luar tak putus-putus mengunjungi kampung Batu Besar semata-mata mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang itu dan memasuki kabinnya.
Idea membina replika kapal terbang itu datang dari seorang ulama terkenal Kedah yang juga Penaung Madrasah Al-Rahmaniah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Benarlah seperti kata kawan JR dari Sik itu...replika kapalterbang yang dibina ini memakan kos sebanyak kira-kira RM7,000 yang dibuat dari kayu, besi, buluh, batang paip, lampu dan lain-lain. Kapalterbang ini berukuran 58 kaki panjang, 56 kaki lebar dan perimeter 40 kaki dan berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua bulan hasil perkongsian wang orang kampung dan kerja keras pemuda-pemuda kampung tersebut.
Mengikut cerita orang kampung, setiap hari sekitar 1,000 hingga 2,000 orang melawat kampung itu untuk melihat kapalterbang itu. Menariknya, ada pelawat yang terpaksa datang semula kerana tidak dapat masuk ke dalam replika itu disebabkan pengunjung terlalu ramai.
Pelawat semua peringkat usia mahu menaiki 'kapal terbang'.
Keadaan bahagian dalam kapalterbang
Tempat duduk pilot...
Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut baca di sini...
haha..tak dapat jadi pilot,jadi co -pilot pun ok lah ....:)
ReplyDeletegambar x jelas pula ni Jay..nanti saya klik balik lah ya..nak tengok juga bentuk kapalterbang tu...macam ada ja menarik tu...)
ReplyDeletehahaha..baru nampak..ok kapal binaan orang2 kampung pula..terbaiklah dapat bina macam tu.Rajin dan team kerjasama lah tu..PRU . kita pilih memangkah lah ya Jay...)
ReplyDeletetak dapat naik yang betol..yang replika pun jadi lah..
ReplyDeletememang kreatif
saya nak jadi pramugari..hehehe.. kreatif sungguh..!!
ReplyDelete