Seperti yang JR catatkan dalam blog ni semalam, hari ni JR nak pergi tengok proses penamaan calon PRU-13. Ia sesuatu yang cuma berlaku 4-5 tahun sekali, rugi sangat jika tak pergi menikmati kekecohan kemeriahannya..
Lepas sarapan dan bersiap, JR terus pergi ke lokasi penamaan calon yang terdekat dengan rumah JR - kawasan Parlimen Alor Setar. Penamaan calon untuk Parlimen Alor Setar dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan (berhadapan Stadium Darulaman).
Ketika JR sampai kira-kira pukul 9.15 pagi orang dah ramai. Mula-mula JR ingat nak joint grup yang menempatkan penyokong BN di depan Stadium Darulaman. Penyokong BN memang nampak sangat tersusun, semuanya berbaju biru, tak seperti penyokong PR yang bajunya ikut suka hati..
Bila JR cuba-cuba korek dari seorang adik di situ, dia kata kalau nak baju biru free pergilah jumpa abang di depan tu. Katanya duit pun dapat, sambil menunjuk lima jari, menandakan setiap penyokong BN dapat RM50.
Tapi tak payahlah kata hati JR, aku mai ni bukan nak baju free atau duit RM50, aku mai ke sini nak tengok kemeriahan hari penamaan calon.
Lepas tu JR menuju ke arah kumpulan yang lebih ramai - kumpulan penyokong PR. Penyokong PR pakai baju anika warna, tak seperti penyokong BN parti orang kaya yang banyak duit dan boleh bekalkan baju biru untuk semua penyokongnya. Terpaksa tawaf separuh stadium untuk pergi joint grup PR, kerana grup BN dan grup PR dipisahkan oleh pasukan polis dan besi penghadang.
Antara perkara menarik yang JR lihat dalam penamaan calon di Parlimen Alor Setar ini ialah:
i) Penyokong semua parti berkumpul dengan aman. Walaupun ada jeritan, ada nyanyian untuk menaikkan semangat tapi tak nampak pelakuan atau aksi melampau seperti yang JR baca berlaku di Kuantan. Di Kuantan dilaporkan ada segelintir penyokong BN yang menunjukkan seluar dalam, menjulang bendera yang dibuat dari seluar dalam, malah meletak seluar dalam di atas kepala (berita di sini.....) Tapi orang Alor Setar tak kira penyokong BN atau PR nampaknya lebih bertamadun, berdisiplin, tiada kelucahan melampau di sini..
ii) Ayat yang paling popular di kalangan penyokong PR ialah "Ini kalilah.." Ramai yang menyebutnya - Cina, Melayu dan India.
iii) Melihat satu suasana unik apabila nampak ada penyokong Melayu bawa bendera roket dan penyokong Cina pula membawa bendera Pas.
iii) Sekumpulan penyokong PR menaikkan imej seekor lembu besar (menyindir rasuah pembelian lembu oleh Shahrizat) tapi kemudian telah ditegur oleh polis yang meminta ia diturunkan.
iv) Nak tergelak melihat penyokong beberapa parti yang bilangannya boleh dikira dengan jari, iaitu parti Berjasa (ingatkan parti tu dah mati...rupanya masih hidup..) dan Penyokong parti Bersama (2 hari lepas baru dengar nama parti tu...). Heran juga bagaimana dua parti kecik ni bertanding, buat hilang wang deposit aje...
Kira-kira pukul 11.00 pagi pegawai pengurus pilihanraya mengumumkan Parlimen Alor Setar akan ditandingi oleh Datuk Seri Chor Chee Heung (BN), Gooi Hsiao Leung (PKR), Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).
Bagi DUN Bakar Bata akan ditandingi oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN), Jawahar Raja (Bersama) dan Mohd Ikmal Ahmad (PKR).
Bagi DUN Kota Darul Aman pula akan ditandingi calon BN Loh Gim Hui, calon DAP Teoh Boon Kok serta dua calon Bebas iaitu Liew Kard Seong dan A. Jayagopal.
Bagi DUN Alor Mengkudu, bekas Exco BN, ustaz Fadzil Hanafi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk menentang calon PAS (Ahmad Yahaya) dan calon BN (Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah).
Apa pun, alhamdulillah...semuanya berjalan lancar tanpa kejadian tak diingini berlaku.
Selamat mengundi 2 minggu lagi...
Nota: Sori tak ada gambar, dalam kalut-kalut keluar rumah tertinggal henset yang sedang dicaj dalam rumah....
Alamak takde gambar. Tertunggu2 berita dari terengganu pasal tok mun...
ReplyDeletehaha..kan 'best' kalau pi Kat BN dpt rm50,pi kat PKR bg rm50,pi kat PAS..bg RM50...
ReplyDeleteabg bolat ceghita yg kt Pokok Sena dasyat , panjangnya perarakan tu . pnyokong BN berapa kerat ja . hahah .
ReplyDeletekawasan langgar , pokok sena semuaa cerah dengan bulan :D
Seronok kalau dapat merasai sendiri suasana penamaan calon tu. Tapi saya tak berkesempatan lagi.
ReplyDelete