»

01 April 2013

Manisnya Bermadu....Satu Nostalgia


Malam tadi ketika sedang membelek-belek album lama, tiba-tiba ternampak gambar seseorang yang berkulit agak gelap dan bermuka serius. Teringat JR beberapa perkara mengenai susuk tubuh itu.... 

Di kampung JR masa kecik-kecik dulu kat Penang ada seorang pak aji, namanya Haji Kob. Haji Kob  tinggal dalam sebuah rumah besar tepi bendang yang dibahagi kepada dua ruang: ruang sebelah kanan menempatkan bilik isteri pertama dan anak-anak, ruang sebelah kiri menempatkan bilik isteri kedua dan anak-anak mereka. Haji Kob pula tidur bergilir-gilir: jika hari ini tidur di bilik isteri pertama, esok di bilik isteri kedua, lusa di bilik isteri pertama balik dan seterusnya.....(berdasarkan cerita orang kampung).

Di tengah-tengah pula ialah ruang tamu untuk semua anggota keluarga besar itu berehat. 

Di hujung rumah ada dapur. Kedua-dua isteri memasak dengan berkongsi ruang dapur yang sama. Mengikut anak-anak mereka yang kebetulan menjadi rakan-rakan karib JR masa kecil, jika ibu no 1 masak gulai dan sambal belacan, ibu no 2 pula akan masak sayur dan goreng ikan. Kadang-kadang mereka masak bersama, contohnya bila buat goreng pisang atau cucoq kodok waktu petang, sama-sama mengupas pisang, sama-sama meramas pisang, sama-sama menggoreng....

Yang penting keluarga besar seramai beberapa belas orang itu akan makan bersama-sama mengikut meja: meja no 1 untuk ibu bapa dan anak-anak di bawah umur 7 tahun, meja no 2 untuk anak-anak lelaki dan meja no 3 untuk anak-anak perempuan..

JR yang kerap masuk keluar ruang tamu rumah besar itu kerana menemui anak-anak mereka sudah biasa melihat betapa rapatnya isteri pertama dan isteri kedua ketika sama-sama memasak atau menyidai pakaian di ampaian di depan rumah. Begitu juga anak-anak isteri pertama dan kedua sangat rapat, maklumlah tinggal di rumah yang sama.

Yang paling JR kagum bila isteri pertama bersalin, isteri  kedua yang akan membantu menguruskan isteri pertama dan bayinya. Sepanjang tempoh pantang  isteri pertama, isteri kedualah yang akan memasak, membantu memandikan bayi dan membasuh lampin. Begitu juga bila isteri kedua bersalin, isteri pertama akan memainkan peranan yang sama membantu isteri kedua dan bayinya.

JR kagum dengan cara Haji Kob menguruskan rumah tangganya, sungguh harmoni. Seperti bermadu itu sangat manis!! 

Sampai sekarang bila balik kampung dan melalui rumah Haji Kob (sekarang dah Allayarham) JR suka bercerita kisah silam keharmonian rumah tangga pak haji dan dua isterinya itu. Malangnya isteri JR selalu nampak kurang berminat dengan story of Haji Kob...Tak tau mengapa isteri tak berminat....

"Dah cerita dah dulu, asyik-asyik diulang tayang movie yang sama..." itu antara kata-kata isteri bila JR bercerita tentang keharmonian rumah tangga  aruah Haji Kob bersama dua isterinya.

Sampai sekarang JR tak paham mengapa isteri JR tak suka mendengar cerita keharmonian rumah tangga Haji Kob. Agaknya orang Melayu lebih tertarik kepada cerita rumah tangga yang bergolak seperti yang selalu dipapar dalam drama-drama Melayu?

9 comments:

  1. Isteri kedua arwah abah saya pernah jaga arwah mak saya masa kaki arwah mak saya dipotong 1 ketika dulu...dan isteri kedua arwah abah saya juga tinggal serumah bersama-sama kami sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...orang pompuan memang tak suka citer2 macam ni..

    tapi ita suka dengar citer harmoni macam ni...contoh umahtangga yang aman damai....tanda berlaku keadilan..

    ReplyDelete
  3. org lelaki mmg suka laa citer madu gini,..org pompuan malas nk dgr..huhuhu..ceritalah camana best pun..ttp rasa xbest..mana mau kongsi,..

    ReplyDelete
  4. seperti isteri JR,saya pun tak minat nak dgr kalau suami yg bercerita ttg manisnya bermadu tu(kononnya) hehe

    ReplyDelete
  5. Mesti hj Kob ni bagus orgnya. Sampai boleh harmoni gitu sekali.

    JR pun saje je kan..dok ulang2 citer ni kat wife.

    ReplyDelete
  6. adoi..ada makna tersirat

    ReplyDelete
  7. manisnya rasa madu tu ...

    ReplyDelete
  8. isu sensitif tu bg org umah....hehehee
    x kisah la seharmoni mana pun kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. hihihi biasalah jr..."bang aku tidak suka di madu" hihihi perempuan memang tak nak bermadu walaupun keharmonian rumahtangga cik akob tue..nampak bahagia...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....