Korang pernah dengar cerita pasal jin Islam? Pernah?
Atau lebih hebat - pernah terjumpa jin Islam?
Dan ini adalah penjelasan mengenai jin Islam oleh ustaz Azhar Idrus. Penjelasannya mengingatkan JR kepada beberapa peristiwa ketika bersolat berseorangan diri di sebuah surau di Jalan Duta satu masa dulu.
Untuk memahami apa yang JR nak cerita, dengar dahulu penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus:
Ketika bekerja di sebuah pejabat di Jalan Duta, KL, beberapa tahun dulu, JR sering bersolat Asar di surau agensi itu terlebih dahulu sebelum balik ke rumah. Maklumlah kalau nak solat Asar di rumah (di Ampang Indah) bukan tentu pukul berapa nak sampai rumah. Sebelum balik ke rumah kena ambil isteri yang ketika itu bekerja di Jalan Raja Chulan dulu. Kalau hujan, kena pula jem teruk, silap-silap haribulan boleh melayang solat Asar...Jadi bagi memastikan Asar tak terbang, JR biasanya solat dulu di surau, kemudian baru balik ke rumah.
Satu hari hanya JR berseorangan solat di surau.
Ketika masuk rakaat ketiga macam ada seseorang mencuit belakang JR menandakan dia nak bersolat jemaah bersama JR.
Lalu JR meneruskan solat sebagai imam mengikut rukun-rukunnya.
Dan setiap kali JR melakukan gerakan-gerakan dalam solat - sujud, rukuk, iqtidal, tahiyat dan lain-lain seperti ada bunyi yang menandakan ada seseorang mengikut solat di belakang JR.
Hinggalah lepas tahiyat akhir dan memberi salam, bila JR menjeling ke belakang tak nampak sesiapa pun di belakang.
Jadi dia yang mencuit JR dan menjadi makmum tadi siapa???
Jadi dia yang mencuit JR dan menjadi makmum tadi siapa???
Peristiwa seperti itu berulang lagi selepas itu sebanyak beberapa kali, semuanya ketika JR bersolat sendirian di surau itu. Tapi ia bukan berlaku setiap kali JR bersolat di situ, cuma ia berlaku beberapa kali (JR sendiri tak ingat beberapa kali).
Bila hal itu JR ceritakan kepada ustaz yang selalu menjadi imam kami di surau tersebut, dia berkata biasalah, kerana dia juga dah banyak kali mengalaminya. Apa nak pelik, kata ustaz, kita manusia bukan bersendirian di alam ini, ada makhluk lain bersama kita....
hehe..bkn senang jadi imam,makmumnya tak 'nampak'....:)
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteErm nice story jay ar.
Benda cam ni.akidah kita kena kuat dan boleh terpesong andai salah buat tanggapan.kadang allah nak uji kita.sejauh mana kuatnya keimanan kita pada Nya.
Ada dengar cerita di surau tempat kerja saya, sejadah dan al quran sering berubah susunan seolah2 ada yg menggunakannya...
ReplyDeletedinyatakan bahawa mereka nampak kita, kita tak nampak mereka..di sini juga ada keadaan macam tu kawan2 ceritakan...hanya Allah lebih tahu ..wallahualam...
ReplyDeleteKiranya ada jin islam yg stay kat surau tu lah kan..
ReplyDeletemcmana pun kita tetap takleh kwn dgn diorang, walau yg mengaku islam. Wallahu a'lam.
kejadian seperti yang di alami oleh abg JR...pernah juga di alami oleh org kmpg saya. Tp saya tdk pernh mengalaminya....
ReplyDeletewalau pun kita tak nampak dia ..dia sentiasa nampak kita...
ReplyDeletememang seriau kalau orang cuit kita tapi takde orang...huhuhuhu
ReplyDelete.bkn senang jadi imam kepada jin islam...
ReplyDelete