Malam tadi JR agak terkejut dengan berita ini:
Operasi Daulat: Lelaki bergelar 'Datuk Seri' dicari
31 Mac 2013
LAHAD DATU - Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini".

Polis telah mengedarkan gambar Datuk Seri Muhammad Ridzuan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penyaluran dana peruntukan kepada pengganas Kiram:
Korang kenal dengan lelaki di atas? Kalau kenal, demi keselamatan negara, sila hubungi polis.
Kalau tak siapa pun kenal biarlah polis menjalankan tugasnya. Polis tentu ada cara bagi mengesan wanted person ni. Kalau susah sangat nak kesan dia, boleh juga cuba berhubung dengan Datuk Seri - Datuk Seri lain, kerana biasanya Datuk dan Datuk Seri ada kelabnya yang tersendiri sehingga boleh duduk, berborak dan makan sekali...
Nampak muka mamat bergelar Datuk Seri ni macam muka orang Penang, ada iras-iras muka Mydin dan Pi'e yang berlakon dalam filem Anak Mami, Mami Jarum dan Nana Tanjung. (JR juga asal Penang tapi ada darah Siam sebab tu hidung kurang mancung...hehehehe...)
ha, betul tu. datuk-datuk yang berseri ni pun macam datin-datin jugak. ada kelab sendiri. lebih kurang macam ahli mesyuarat tingkap jugak la. senang nak cari kalau dah dapat sorang...
ReplyDeletedah serah diri dah..
ReplyDeletehahah.. tak dpt bayangkan kalau pi'e jd pemberontak
ReplyDeleteBaru tengok berita ni kat buletin 1.30 tadi..
ReplyDeletenaaahh....! tu diaa heheee
ReplyDelete