Kawan pompuan JR di pejabat lama di KL dulu kata ada tiga perkara bermula dengan huruf R yang sangat menakutkan pompuan di dunia ini:
Raba
Ragut
Rogol
Tapi kata kawan JR tu kena raba masih boleh tahan lagi (dia pun pernah kena raba dalam komuter!). Kalau kena raba, sepak dekat celah kangkang si-peraba tu, ha...tengoklah pucat tak pucat mukanya menahan sakit! Silap-silap boleh senak perut seminggu...
Kalau kena ragut memang bahaya...ada kes pompuan naik motor yang meninggal lepas kena ragut.
Tapi paling menakutkan wanita tentulah kena rogol. Ada pompuan lepas kena rogol terus dibunuh sebab si-perogol tak mau rahsianya terbongkar. Jika hidup pun mangsa rogol akan menghadapi trauma seumur hidup dan tentu sukar mendapat bakal pasangan yang memahami masalahnya. Akibatnya mangsa rogol akan menghadapi masalah psikologi: cepat marah, anti-lelaki dan pendendam seumur hidup.
Tapi korang pompuan jangan bimbang. Sekarang sudah ada pakaian dalam anti-rogol yang dicipta oleh sekumpulan pelajar kejuruteraan di India. Di India banyak kejadian rogol dan ia menarik perhatian sekumpulan pelajar untuk mencipta pakaian khas bagi mengelakkan wanita dirogol.
Pakaian dalam tu comel juga, cuba tengok:
Baju dalam anti-rogol ini berkuasa mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam itu dinamakan SHE (Society Harnessing Equipment) juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan menerusi sistem GPS yang dipasang di dalamnya.
Jangan bimbang....alat ini tak membahayakan wanita..
“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global ini mampu mengalirkan arus kejutan letrik sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis. Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India.
Sekarang apa macam...ada tak korang rasa teringin nak order pakaian dalam SHE? Malangnya SHE belum masuk pasaran Malaysia....agaknya masih dalam proses dipatenkan di India....
terbaik! memang perlu kewujudan pakaian dalam sebegini....
ReplyDeleteTerbaik...memang perlu untuk safety..
ReplyDeleteNgeri dgr cerita2 rape kat India..
ReplyDeleteTapi kesannya terhasil baju ni.
nak oder 2,3 pasaang..:)
ReplyDeleteharap-harap benda ni bukan setakat berjaya masa peringkat prototaip. apa pun, mencegah/mengelak itu lebih baik daripada menyesali...
ReplyDeletewah dah macam fbi dlm pelem plak dah ni ekeekeke...
ReplyDeleteada jual kat malaysia ni bagus jugak ni..
ReplyDeleteheheheh
rajin en.jay ar cari info..
ReplyDelete