Dua malam lepas JR tonton lagi filem itu. Filem P.Ramlee. Apa magiknya filem P.Ramlee ini entahlah, dah tengok 48 kali (agaknyalah...) masih tak jemu-jemu. Kalau filem zaman sekarang tengok kali ketiga dah rasa muak...
Filem yang ditayangkan TV2 dua malam lepas ialah "Masam-Masam Manis". Antara dialog yang JR paling suka ialah ketika P. Ramlee yang berlakon sebagai cikgu Shaari tertidur dalam kelas sambil meminta anak-anak muridnya membaca:
"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"
(Entah berapa kali dialog ni diulang-ulang oleh anak-aanak murid sambil cikgu tertidur dalam kelas...)
Setiap kali dialog itu keluar di TV, JR pula akan tukar dialog itu kepada dialog lain:
"Anak abah suka makan ayam. Hari-hari anak abah makan ayam.
Anak abah suka makan ayam. Hari-hari anak abah makan ayam.
Anak abah suka makan ayam. Hari-hari anak abah makan ayam.
Anak abah suka makan ayam. Hari-hari anak abah makan ayam....."
Memang anak-anak JR hari-hari makan ayam. Kalau satu hari tak ada menu ayam atas meja makan agaknya menagislah periuk nasi sebab anak-anak tak mau makan nasi tanpa ada ayam. Begitu hebatnya ayam! Tiap-tiap minggu JR kena beli 6 ekor ayam untuk bekalan seminggu....purata seekor ayam sehari.
Bagi anak-anak JR sejak kecil masak apapun tak kisah...yang penting ayam mesti ada. Masak kicap, masak merah, masak sambal tumis...semuanya mesti ada ayam di dalamnya. Kalau tak ada ayam atas meja makan, adalah mulut yang akan bertanya: "Mana ayam..mana ayam..mana ayam?".
"Ayam belum disembelih!" itulah selalu jawapan bodoh JR yang buat anak-anak-anak menjuih mulut..
Yang mereka paling tak suka ialah makan sayur. Mengapa tak suka sayur...sebab warnanya hijau kot? Kalau sayur warna biru agaknya mereka makanlah. Agaknyalah...
Tapi Jumaat lepas kerana stok ayam kebetulan dah habis, isteri masak menu lain tanpa ayam: masak kicap daging, gulai ikan temenung (ikan kembung) campur kacang lendir (kacang bendi), ikan keli bakar, kerabu nangka, sayur taugeh campur kucai dan sambal belacan. Simple..tapi yang penting hari itu tak ada hidangan ayam atas meja!
Makan pula lepas solat Jumaat ketika perut sedang menjerit-jerit minta diisi. Ingatkan ada yang nak buat demonstrasi depan rumah kerana tak ada ayam di atas meja makan. Tapi jangkaan JR salah, mereka makan penuh berselera tanpa ada suara komplen: "mana ayam..mana ayam..mana ayam?" seperti kecik-kecik dulu.
Lepas makan JR tanya mereka,"Apa macam hari ni makan tak ada ayam?"
"Tak ada ayam pun OK...sedap.." jawab yang abang. Adik-adik diam, tersenyum. Maknanya setujulah tu, tak ada ayam pun OK...
"Itulah, kita kena ubah-ubah pemakanan kita.... Hari-hari makan ayam pun jemu juga. Tukar-tukar seleralah sama..Nanti kalau dah jemu makan ikan, kita tukar ayam balik..." kata ibu mereka.
Kadang-kadang JR terlupa anak-anak sudah besar. Selera budak besar tak sama lagi dengan selera budak kecil. Betul juga kata isteri JR tukar-tukar seleralah sama...
NOTA KAKI: Hari ini Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen. Tak taulah JR parti mana yang nak memerintah Malaysia lepas ini. Adakah parti sama yang telah memerintah Malaysia sejak lebih setengah abad dulu akan dapat mengekalkan kuasanya? Atau sekali ini rakyat akan buat perubahan dengan menukar selera memilih parti lain?
Negara kita negara demokrasi. Kuasa di tangan rakyat. Kita yang akan menentukan masa depan negara kita.....
ank saya pun ada masalah bab mkn sayur....
ReplyDeleteboleh kata sume jenis sayur dia tak suka....
1. Perut kalau dah lapar, sayur kisar yang dikepal pun nampak macam ayam.
ReplyDelete2. Saya takde masalah dengan parti mana pun yang jadi pemerintah, tapi biar la pilot tu bertukar...
ita tak kisah takde ayam...
ReplyDeletesebab ita vege...
biar cerah sikit mata..kalau makan benda HIJAU...
hehehhe
Yg trsurat tukar cap ayam..
ReplyDelete...yg tersirat pru
13
tukar kepten dn tukar kapal?
Sama ler...anak cr suka makan ayam...kalau boleh hari2 nak makan sup ayam...
ReplyDeletelayan layan jer ta..
ReplyDelete