»

04 April 2013

Exist Letupkan Lagu "Pasti Kau Ingin" Di Youtube


Ketika melayan youtube petang tadi tiba-tiba JR nampak satu lagu Melayu yang tiba-tiba meletup di youtube. Lagu "Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ni baru masuk youtube pada 1 April. Tapi walaupun baru saja empat hari masuk youtube,  dah lebih 109,000 orang yang menonton klip video ini. 

Kalau baru 4 hari dah lebih 109,000 yang menontonnya di youtube, kira hebat juga la lagu tu, ye tak?? Apa yang menarik sangat tentang "Pasti Kau Ingin" ini?

Lalu JR cuba layan lagu ni, bukan sekali tapi 3-4 kali juga...

Mengapa sampai 3-4 kali? Ini kerana bagi JR yang tak muda lagi ni ambik masa juga untuk memahami liriknya yang diiringi musik agak bingit tu...

Berdasarkan survey JR di beberapa blog, lagu "Pasti Kau Ingin” ini ciptaan Jay D (bukan Jay R tauuu!!!) dan lirik oleh Musrad (Musa Radhi).

3

Video berdurasi 4 minit 6 saat ini disusun melalui satu cerita dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, pelajar perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.

4

Di babak akhir video menunjukkan seorang pemuda di jalanan menyembur spray ke dinding perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu) dan lepas itu muncul satu imej yang amat dikenali...

Mulanya JR tak faham apa mesej yang cuba disampaikan dalam lagu ini. Yang pasti ia bukan mengenai thema cinta budak-budak tak cukup umur seperti dalam kebanyakan lagu-lagu Melayu kita. Ia mengenai satu mesej yang lebih besar seperti liriknya:

ku sudah merasa
sakit dan kesukarannya
terjatuh kubangkit jua
terus melangkah
ku tidak mengambil endah 
walaupun ada yang menghina...

Tiba-tiba teringat: oooopsss...dua tiga minggu lagi kita dah nak mengundi.....

Jika korang nak layan video klip ‘Pasti Kau Ingin” boleh terjah DI SINI.

10 comments:

  1. K ada potensi nak mengalahkan video clip OPPA GANGNAM ni... bagus bagus

    ReplyDelete
  2. tak dapat nak loading..net amat lemah antibodi..

    ReplyDelete
  3. pertama kali tonton dah ada lebih 6 ribu pageview. kurang 12 jam kemudian tonton kali kedua, dah lebih 17 ribu.

    kalau nak tau pengarah video ni ada page kat facebook (malaysian gags)

    ReplyDelete
  4. Malam ni tak boleh nk bukak youtube...esok pasti akan saya terjah ini lagu.. :)

    ReplyDelete
  5. Exist yg vakalisnya Ezad dulu tu ka...hehe saya bkn kenal artis2...bkn tau lagu2 depa...cuma baca kalau ada kontoversi kat akhbar ja

    ReplyDelete
  6. oh..ok, nanti p tengok.
    nak tau gak apa mesej nak dismpaikan.

    ReplyDelete
  7. Uuuuitttt...ada imej Anwar Ibrahim dlm lagu ni...lagu politik rupanya. Exist tak takut kumpulan mereka kena gam dgn RTM dan Media Prima ke?? Tapi apa nak takut kita cuma perlu takut kpd Allah. Lagi pun dlm p-raya nanti kerajaan lain pula yg akan memerintah, pedulikan...jangan takut...

    ReplyDelete
  8. Ada maksud yang tersirat ke JR?

    ReplyDelete
  9. lama tak dgr lagu exist...haha

    ReplyDelete
  10. kebetulan wifi kt hospital ni laju .thank sharing en.jay ar.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....