»

07 April 2013

Jurang Generasi Dan Jurang Persepsi


Mungkin ini apa yang orang putih kata generation gap atau jurang generasi. Jurang generasi menyebabkan timbul pula jurang persepsi (perception gap).  Maknanya persepsi yang berbeza terhadap sesuatu isu mengikut peringkat umur.

Ambil saja prioriti dalam kehidupan. Antara orang yang sudah berumur seperti JR dan yang masih muda seperti anak-anak JR kami mempunyai prioriti yang berbeza. Untuk mereka yang telah berumur apa lagi menjadi ketua keluarga seperti JR hanya mahu membentuk satu keluarga bahagia. Untuk membentuk keluarga bahagia JR cuba menyediakan pendidikan termasuk ilmu agama terbaik dan tertinggi kepada anak-anak, menyediakan rumah yang selesa mengikut keupayaan dan makan-minum serta pakai yang mencukupi.

Oleh itu memiliki henset yang canggih bukan keutamaan JR. Cukuplah dengan sebuah henset cap ayam yang sering diketawakan oleh anak-anak sebab tak ada wifi, tak ada android dan tak ada touch screen: 


Anak-anak JR seramai 6 orang itu semuanya memiliki henset yang lebih canggih dari henset cap ayam Nokia C2 kepunyaan JR. Anak bongsu perempuan yang di Tingkatan Dua itu pun ada henset Sony Xperia P yang harganya berkali-kali ganda lebih mahal dari harga henset cap ayam JR.

Itu mungkin kerana persepsi kami berbeza tentang keperluan memiliki henset.

Anak nombor dua JR yang sekarang sedang bercuti semester di rumah lagi hebat. Dia dah ada Sony Xperia Neo yang usia baru setahun, tapi semalam tiba-tiba dia nak tukar henset baru. JR tau mengapa dia nak tukar henset baru...sebab dia sekarang dah rasa dia menjadi OKB (Orang Kaya Baru). Maklumlah dua minggu lepas JPA masukkan RM10,000 dalam akaunnya selepas pengajiannya di sebuah IPTA di Johor ditaja sepenuhnya melalui biasiswa JPA (lepas ni tak perlu pinjaman PTPTN lagi). 

Bagi anak bujang JR yang baru berusia 20 tahun itu, tiba-tiba RM10,000 masuk dalam poket, dia agak terkejut. Dia tak tau nak buat apa dengan wang RM10,000 itu, selain dari simpan dalam Bank Islam akhirnya timbullah idea itu: nak tukar henset baru.

Anak JR itu sebenarnya kalau pasal makan dan berpakaian dia jenis yang agak berjimat, malah kadang-kadang berkira juga. Tapi kalau soal memiliki sesuatu yang diminatinya seperti henset dan kamera dia sentiasa mau yang terbaik.

Sebenarnya JR kurang setuju bila dia kata nak tukar henset baru sedang hensetnya tak ada cacat celanya pun. Tapi kerana dia beli henset baru dengan wangnya sendiri dan selama dia belajar di Johor tak pernah menyusahkan JR dengan meminta duit yang bukan-bukan (kerana dia jenis pandai berjimat dan musim cuti panjang semester pandai buat kerja sambilan), akhirnya JR mengalah.

Dan semalam akhirnya dia dapat miliki juga henset yang diminatinya itu - iPhone 5 32 gb dengan harga +- RM2,600 termasuk assesori.


Itulah yang JR katakan jurang generasi dan jurang persepsi. Kalaulah ada orang inject RM10,00 ke dalam akaun JR, JR tak akan beli iPhone 5 seperti anak nombor dua JR, cukuplah dengan Nokia C2 yang masih sihat walafiat ini.... Sebaliknya JR akan gunakan wang itu untuk perkara-perkara lain. Pokoknya tukar henset tak akan masuk senarai kecualilah henset cap ayam sekarang dah tak boleh pakai lagi...

NOTA KAKI: Persepsi orang muda dan orang berusia tentang parti mana yang akan dipilih dalam pilihanraya akan datang juga berbeza. Orang lebih berusia seperti rasa selesa dengan apa yang mereka telah miliki. Orang muda pula lebih suka berubah dan bertukar angin, seperti lagu Scorpions: Wind Of Change...

9 comments:

  1. kalau dia jenis berjimat, tak salah rasanya sekali-sekala memiliki barang macam tu. cuma jangan jadi kebiasaan, bahaya. silap hari bulan, sikap berjimat boleh bertukar jadi kedekut semata-mata nak memiliki barangan mahal. sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  2. Nk beli takpe klu guna duit sendiri..


    Ita punyer lg cp ayam..hnye nokia 1200..janji leh atar msg n coll

    ReplyDelete
  3. huummmm sama la dengan anak ppp jr, tpi ppp ckp janji jgn susahkan mak pak dia dah.. itu dia kumpul duit hari jadi dia baru2 ni... duit sekolah dia dan hahahah dia jek2 bapak dia kot.. nak beli samsung note... :P entah la kita dulu2 x dop hp pun guna public phone jer... la la la la tapi ye la zaman dah berubah... so x leh nak wat pe dah..

    ReplyDelete
  4. masa saya dapat ptptn dulu pon saya tukar henpon jugak..tapi tukar sebab henpon lama dah betul uzur... :D

    ReplyDelete
  5. sukar nak di kata sebab ank2 sekarang byk ragam dan permintaannya

    ReplyDelete
  6. tula jurang anak muda yang mau update eberting.kita yang lama ni dah puas memiliki segalanya , dan tau mana yang patut ada , dan takde kan...

    tula bezanya abah aku dgn aku..

    ekekekek

    ReplyDelete
  7. hehehehe . bolat user blackberry . lepas pakai abah pun berkenan ! haihhh ini abah terikut anak pulak . ayat kemain nak canggih,nak tab kononnya . lepas dah beli tak reti pakai pulak . tengok screen kemain jauh *rabun* hahaha

    tu pun taknak mengalah dengan kita _ _'

    ReplyDelete
  8. salam jay ar.
    Nyata jay ar juah lebih berusia dr ta.maaf selama ni hanya panggil jay ar je..start from now ta kena panggil abg jay ar..ok!
    Tak sedap la..pulak. En.jay ar la bru mantap..ok .setuju..
    Maaf atas komen2 ta yg terdahulu..

    ReplyDelete
  9. deno pakai henpon nokia biasa je JR.. kdg2 teringin jugak yg canggih2... hihi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....