Hari Sabtu lepas ketika membeli barang basah di Pasar Besar Alor Setar JR berjumpa seorang kawan lama yang kini menjadi bos di sebuah pejabat di Kedah. Sambil dia pekena kopi panas dan JR pula teh o ais di gerai sebelah market, kami bersembang kisah-kisah lama.
"Hang tau dak" kata kawan JR yang namanya bermula dengan huruf S itu, "Cik Zul dah tak ada"
"Dah meninggal? Tapi Cik Zul mana?" tanya JR.
"Cik Zul bos kita kat Penang dulu, Cik Zul Hensem!!"
Oooo...Cik Zul Hensem, sapa tak kenal Cik Zul Hensem? Semua pegawai dan staf di Komtar masa tu kenal Cik Zul Hensem. Badan sasa, hensem dengan hidung terpacak dan misai tebal macam Datuk K...sapa tak kenal, terutama wanita?
Cik Zul ni boleh kata contoh lelaki yang sempurna segala segi, berjawatan tinggi, kacak, mempunyai isteri berwajah jelita seperti artis dan satu lagi...cik Zul ni sangat merendah diri. Cuma kelemahannya ialah mereka tak mempunyai anak dan isterinya yang cantik itu...Ya Rabbi...kata orang garang macam singa!
Orang kepercayaan Cik Zul ialah PA dan pemandu pejabat kami. Kerana tak tahan dengan perangai isteri, selalu juga rahsia rumah tangganya terbocor kepada dua orang kepercayaannya itu. Jadi kalau nak korek rahsia Cik Zul dan isterinya tanyalah PA dan pemandunya. Kedua merekalah yang selalu cerita mengenai isteri Cik Zul yang mereka gelar Cik Nga (maksudnya Cik Singa) itu.
"Kesian Cik Zul"
"Kesian Cik Zul"
"Kesian Cik Zul"
Itulah kata-kata yang selalu diulang oleh PA dan pemandunya jika hari itu Cik Zul datang pejabat dengan wajah tidak ceria. Bila wajahnya tak ceria bermakna ada masalah di rumahlah tu....kena buli dengan isteri lagi!
Pemandu pejabat (namanya Pak S) pernah cerita kepada JR dia pernah nasihatkan Cik Zul kawin satu lagi. Bukan tujuannya nak runtuhkan masjid orang, tapi dia sendiri tak tahan tengok perangai Cik Nga @ Cik Singa, isteri Cik Zul yang tak hormat langsung suaminya itu. Katanya ketika menjemput Cik Zul di rumah dia selalu tengok perangai tak senonoh isteri Cik Zul yang tak pernah tunjukkan rasa hormat terhadap suami, hingga bila marah dia akan jerit kuat-kuat, walaupun Pak S berada di situ.
Satu hari pejabat kami kecoh apabila Cik Zul ditahan di wad hospital selama seminggu. Puncanya? Sangat memalukan - boss kami yang hensem dan baik hati itu dibelasah isterinya hingga kepala berdarah dan lengannya agak parah. Perkara itu kemudiannya jadi kes polis.
Dan dengan takdir Allah akhirnya Cik Zul dan Cik Nga @ Cik Singa bercerai tak lama kemudian dengan talak tiga.
Kira-kira 6 bulan kemudian Cik Zul bertemu jodoh baru. Berbeza dengan bekas isteri pertama yang berambut perang macam mek salih, isteri baru Cik Zul ini berhijab dan sangat baik hati seperti Cik Zul juga.
Sejak dapat isteri baru perangai Cik Zul yang dulu kadang-kadang ceria dan kadang-kadang mencuka dah berubah sama sekali. Hari-hari wajahnya sentiasa ceria dan perangai dia yang dulu kadang-kadang moody itu dah hilang langsung. Happy always! Dan kami semakin seronok bekerja di bawahnya, kerja tanpa tekanan...
Satu hari minggu kira-kira 6 bulan lepas perkahwinannya, Cik Zul panggil semua staf ke rumahnya untuk majlis makan tengahari. Semua makanan disediakan sendiri oleh isteri baru Cik Zul. Tak sangka, isteri barunya itu sudahlah cantik, berpakaian sopan, pandai masak pula. Beruntung sungguh Cik Zul..
Ketika staf-staf perempuan sibuk di dapur membantu isteri Cik Zul membasuh pinggan, kami staf-staf lelaki tak habis-habis memuji kesedapan makanan yang dimasak oleh isteri baru Cik Zul. Cik Zul ternyata bangga bila isterinya dipuji-puji begitu.
"Bukan saja dia pandai masak, semua susun atur rumah ni, hasil ideanya. Dan paling beruntung...7 bulan lagi baby baru akan menyinari hidup kami berdua.." kata Cik Zul, diikuti kami yang beramai-ramai datang mengucap tahniah kepadanya.
"Itulah Cik Zul..." tiba-tiba pemandu kami, Pak S, mencelah, "Dah lama saya nasihat Cik Zul tukar kereta baru, tapi Cik Zul tak nak...sekarang tengok, dah sempurna segala segi, nanti dapat zuriat pulak, untung sungguh Cik Zul.."
"Apa nak buat Pak S, dulu saya ingat semua pompuan lebih kurang sama saja. Kalau saya tau dalam dunia ini ada pompuan yang baik, mungkin saya dah lakukan ini 6 tahun lepas!!" kata Cik Zul diikuti ketawa kami staf-staf lelaki.
Begitulah kehidupan...jika tak memberi peluang kepada seseorang lain menunjukkan siapa dirinya, bagaimana kita nak tau dia baik atau tidak??
Kisah yang JR ceritakan di atas berlaku lebih 10 tahun yang lepas. Lepas JR bertukar ke KL dari Penang, JR cuma sekali saja bertemu dengan Cik Zul ketika sama-sama menghadiri satu meeting di Langkawi. Lepas tu tak pernah jumpa lagi hingga diberitahu hari Sabtu lepas Cik Zul sudah tidak ada lagi selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika hendak pulang ke rumahnya...
Al-fatihah untuk Cik Zul dan semoga isteri dan anak-anaknya tabah menghadapi segala ujian Allah...
NOTA KAKI: Di musim hampir pilihanraya ini, malas nak tengok berita TV, tak habis-habis dengan bahan kempen yang sama: hanya satu pihak baik, satu pihak lagi buruk seburuk-buruknya..
Tiba-tiba teringat kata-kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dua hari lepas:
"Anda telah berkali-kali diberitahu bahawa tiada siapa yang boleh memerintah dan melindungi anda selain UMNO/BN; tetapi tidakkah lebih baik anda cuba mencari kebenarannya sendiri? Bagaimana kita tahu yang Pakatan akan lebih teruk daripada UMNO jika kita tidak memberi peluang kepada mereka (Pakatan).
Tiba-tiba teringat kata-kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dua hari lepas:
"Anda telah berkali-kali diberitahu bahawa tiada siapa yang boleh memerintah dan melindungi anda selain UMNO/BN; tetapi tidakkah lebih baik anda cuba mencari kebenarannya sendiri? Bagaimana kita tahu yang Pakatan akan lebih teruk daripada UMNO jika kita tidak memberi peluang kepada mereka (Pakatan).
"Anda perlu berani dan tidak membiarkan orang lain membuli anda dengan menakut-nakutkan atau mengugut anda. Parti-parti Pembangkang mempunyai lebih ramai orang Melayu berbanding BN; jadi mereka (parti-parti Pembangkang) tidak akan memudaratkan anda. Mereka (Pembangkang) telah bekerja keras dan mereka patut mendapat peluang."
cik nga/singa hehe...mmg patut bg title mcm tu pada isteri2 yg garang..
ReplyDeletetak baik r jatuh air muka suami...
ReplyDeletekesian cik zul....... :)
ReplyDeleteumno = cik nga
ReplyDeletehahaha
salam takziah untuk keluarga arwah..
ReplyDelete