JR tak berada di depan TV ketika siaran langsung manifesto pilihanraya BN ke udara di TV sebentar tadi. Ketika Perdana Menteri yang kita sayangi itu membaca manifesto BN, JR sedang berada atas kereta kerana ada sesuatu urusan di luar kawasan.
Sampai rumah, lepas solat isyak terus buka internet...dan antara berita yang paling hangat ialah tentang manifesto BN yang menjanjikan bukan saja bumi, tapi bulan dan bintang kepada rakyat. Tu dia, hebat dan sakannya sebuah manifesto...
Antara yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya BN ialah:
* Baucer Buku 1Malaysia dinaikkan kepada RM300, bantuan pra-persekolahan pula akan diberi kepada ibu bapa sebanyak RM150.
* Yang lebih hebat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM1,200, manakala orang bujang pula akan dapat RM600.
* Dan satu lagi harga kereta juga akan diturunkan jika BN menang (aaitttt...macam pernah dengar saja manifesto ni...Oh ya baru ingat, PR juga janjikan benda yang sama dalam manifestonya 3 minggu lepas..tapi tak kan BN ciplak menifesto orang lain pula kan...?)
Banyak lagilah kenaikan, kenaikan dan kenaikan dalam manifesto itu, kalau korang nak tau semua yang BN nak bagi jika mereka menang lagi, bacalah dalam paper esok (7.4.2013)....
Ada orang tanya bagi banyak-banyak tu tak bangkrap negara ke?? Sebab dalam manifesto PR juga ada janji nak bagi macam-macam, tapi BN kata ia akan membangkrapkan negara jika bagi macam-macam..
Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada BN sebab akan beri macam-macam jika mereka menang...Sekali lagi banyak-banyak terima kasih kepada kerajaan. Cuma alangkah baiknya jika pemberian BR1M dan macam-macam R1M-R1M lagi itu diberi 4 tahun lepas bila Najib mula-mula naik jadi PM Malaysia.
Bila dah dekat-dekat pilihanraya baru nak bagi dan nak naikkan macam-macam R1M-R1M , nampak macam lawaklah sikitlah.... Seperti kata orang tua-tua: dah sakit perut baru nak bina jamban, mengapa tak buat jamban 4 tahun lepas?
Nota Kaki: Catatan entri ini JR buat hampir tengah malam ketika mata dah tak tahan lagi nak lelap dan minda sedang keletihan yang amat sangat sebab hari ni banyak kerja luar perlu dibereskan. Jika ada yang tersentuh hati baca entri ini, minta maaflah, ia ditulis ketika minda sedang merayu mata untuk tidur....thousand apologies!!!
bankrap tak bankrap lain kali cerita..yang penting, amek hati rakyat dulu konsepnya..keh3
ReplyDeleteHahaa, banyak sangat r1m. Harap jangan sampai melalut ke sport rim sudah...
ReplyDeleteJangan jadi ayam tapi jadi burung. Walaupun makan ditapak tangan tapi sukar ditangkap!
ReplyDeletepentiru rupanya mereka itu...jangan pentipu sudey leyy
ReplyDeleteManisfesto hanya janji politik semata-mata. Nanti lepas pilihanraya pasti ada yang tidak ditunaikan seperti apa yang telah dijanjikan.
ReplyDeleteWow..dasat tu janji mnis mu..hahaha
ReplyDeletelembu di pegang pd talinya,manusia di pegang pd kata katanya.
ReplyDelete