Korang semua pasti tau kan, esok ialah hari penamaan calon PRU-13.
Setiap kali pilihanraya, tak kira pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, jika berpeluang JR pasti akan hadir ketika hari penamaan calon. Kehadiran JR lebih kepada untuk memeriahkan hari penamaan calon. Apa lagi pilihanraya umum cuma hadir setiap 4 atau 5 tahun sekali, jika tak pergi rugilah. Kena tunggu 4-5 tahun lagi untuk merasai kemeriahan pilihanraya yang lebih meriah dari menyambut raya itu. Kerana apa JR kata lebih meriah dari menyambut raya? Ini kerana orang Melayu, Cina dan India misalnya menyambut hari raya masing-masing pada hari berbeza. Tapi dalam hari penaamaan calon semua kaum berkumpul sama-sama dengan pelbagai gaya yang nampak sungguh meriah. Sambil mengibar bendera parti masing-masing, ada yang bersorak, bertakbir dan menyanyi...
Jika korang nak merasai kemeriahannya, pergilah ke pusat penamaan calon yang terdekat dengan kediaman korang pagi esok. Pusat penamaan calon di buka pada pukul 9 pagi, tapi seperti biasa sejak pukul 7.30 pagi dah ramai orang berkumpul. Apa yang seronoknya berdasarkan pengalaman JR ialah apa yang kita lihat di depan mata 99% tak sama dengan apa yang dilaporkan dalam berita TV tengahari dan malam itu...
Jika berminat nak memeriahkan hari penamaan calon esok, korang boleh menyemak senarai pusat penamaan calon PRU-13 di sini....
Esok, insyaallah, JR akan berada di pusat penamaan calon Parlimen Alor Setar di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar. Kalau berpeluang JR juga akan pergi ke pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kedah di Pejabat Daerah Kota Setar.
Cuma JR berharap kemeriahan hari penamaan calon esok berlangsung dalam keadaan penuh tertib dan santun, tak dicemari dengan insiden-insiden kotor seperti ketika JR hadir di pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 2008 dahulu. Memalukan...apabila melihat kumpulan lelaki dan perempuan yang membawa bendera biru menepuk-nepuk punggung sambil memberi isyarat lucah. Pakai tudung bukan main tapi menari-nari tarian lucah sebagai provokasi...sungguh tidak sopan!!
Harap kelakuan tak bertamadun seperti ini tak akan berlaku esok....
'puteri' yg dah hilang sifat2 'puteri'...
ReplyDeletesame aje ....jgn taksub sgt yg pihak lawan tu baik sgt.
ReplyDeleteBoleh ambik peluang berniaga. Tak kira ahli parti mana. Bila haus, mesti nak minum...
ReplyDeleteThe Election Commission (EC) has been set at eight centers nomination candidates in the state. All will center the nomination ...
ReplyDeletemg semuanya berjalan lancar
ReplyDelete