Korang pernah tengok pasangan korang yang rela membiarkan punggungnya melekat berjam-jam atas kerusi mengadap komputer kerana melayari facebook atau twitter?
Atau ada kawan-kawan di tempat kerja yang secara curi-curi selalu melayari facebook atau twitter, biar pun boss dah banyak kali beri amaran waktu kerja pekerja tak dibenarkan membuang masa untuk perkara-perkara peribadi?
Mengikut satu kajian yang dibuat oleh Universiti Missouri, Amerika Syarikat, mereka yang kerap melayari facebook adalah mereka yang mempunyai masalah emosi dan pemabuk. Ketua penyelidik, Russell Clayton berkata, golongan itu mempunyai masalah kemurungan, pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Computers in Human Behaviour itu turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi dan mental.
“Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian pula lebih cenderung menggunakan facebook sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain,” kata Clayton.
Clayton juga berkata, golongan penggila facebook ini lebih selesa berhubung dengan orang dalam talian berbanding bertemu secara berdepan.
Bagi yang ketagih alkohol pula, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.
JR dah 6 bulan tak update apa-apa maklumat di facebook. Jadi sahlah JR tak termasuk dalam golongan pemabuk dan ada masalah mental, alhamdulillah.....
Bagaimana dengan korang???
Sumber di sini
saya lbh suka blog dari FB...FB just for fun...main game heheh..
ReplyDeletefb sentiasa di hati..kih3
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteTa ada aje je fb tapi amat jarang ja ra ng buka..
bunda kadang layan kedua2nya..tapi sekarang byk lyn blog lah..
ReplyDeleteMungkin hanya boleh diguna pakai di US sahaja hasil kajian ni. Kih3...
ReplyDeleteptut la kt fb dgn tweet byk org tulis pelik2. haha..
ReplyDeleteblog tetap dihati.