Tengok tu anak-anak JR dah bersorak bila dengar 6 Mei 2013 Cuti Umum.
5 Mei hari mengundi PRU-13, 6 Mei Cuti Umum pulak, memang cantik!
Bagi yang nak balik kampung untuk mengundi parti pujaan hati mereka tak payah ambik cuti tambahan lagi pada 6 Mei. 5 Mei hari Ahad, memang kebanyakan negeri (kecuali Kedah dan Terengganu) cuti. Kelantan pun dah isytihar cuti pada 5 Mei.
Jadi bagi mereka yang balik kampung tak payah lagi kalut-kalut lepas mengundi terus balik ke rumah semula. Bahaya balik tergesa-gesa. Sekarang bila dah ada cuti, baliklah esok (6 Mei) ke rumah dalam keadaan tenang....
Tapi Cuti Umum ni pun ada syaratnya tau. syaratnya ialah:
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan 6hb Mei ini iaitu sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan, sebagai cuti umum jika berjaya menguasai pentadbiran di Putrajaya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ianya bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pengundi di perantauan untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas mereka.
"InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan isytiharkan 6 Mei sebagai cuti umum jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti untuk bentuk kerajaan di Putrajaya.
"Jadi rakyat tidak perlu untuk tergesa-gesa balik ke tempat kerja masing-masing selepas selesai membuang undi," katanya yang juga calon PAS bagi parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

(Sumber di sini....)
So nak cuti ke tak????
best lah cuti..tapi ita jugak yang kena keje
ReplyDeletehah...jika berjaya ...kalau tak ??... errr cam tak jer..hahah..
ReplyDeletePemancingan nih..hihihi
ReplyDeletetak bg..., aku cuti sendirian bhd..
ReplyDelete5 mei tu...kedah tak umumkan lagi cuti...
ReplyDeleteTapi result kn keluar lewat. Dah malam biasanya. Kami lepas mengundi dah terus gerak balik sbb jauh johor ke selangor. Takleh tunggu malam..
ReplyDeleteApapun syok gak kalau cuti..
trg cuti 5hb :)
ReplyDeletetak nak.. hahahha..
ReplyDelete