»

03 March 2013

Sampai Bila Nak Selesai?


JR rasa risau dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah sekarang. Bila konflik ini akan selesai? Sekarang seorang lagi anggota keselamatan kita terkorban malam tadi. Jadi dah tiga yang terkorban di pihak kita. Sekali lagi takziah kepada keluarga mereka yang terpaksa menanggung kepahitan selepas kematian mereka yang disayangi dan al-fatihah kepada semua yang pergi mendahului kita.

Yang mendukacitakan JR ialah adik kepada Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih tak mau menyerah diri. Dia kata dia dengan 224 pengikutnya akan terus bertahan hingga ke titisan darah terakhir di Lahad Datu.

eroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri
Sultan Sulu....degilnya dia!!


Mengikut portal Inquirer, Agbimuddin telah menghantar mesej kepada abangnya Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III petang kelmarin memaklumkan dia dan pengikutnya ingin mati di Lahad Datu.

"Selepas mengebumikan sembilan orang saudara kami dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata adik Sultan Sulu itu dalam mesej kepada Sultan Sulu.

Kalau dia dan 224 pengikutnya mahu mati di Lahad Datu, berapa orang lagi  anggota pasukan keselamatan Malaysia yang perlu menghadapi risiko kematian dan kecederaan di Lahad Datu?

Sampai bila konflik ini akan selesai? 

Semoga tiada lagi pertumpahan darah lepas ini. Jangan lagi ada yang mati dan terkorban di sana. Kebanyakan pasukan keselamatan kita beragama Islam. Semua pengikut Sultan Sulu juga beragama Islam. Tak perlulah lagi menumpahkan banyak darah sesama Islam.

Semoga Allah memberi petunjuk supaya tiada lagi orang Islam sama ada di kalangan pasukan keselamatan kita dan pengikut Sultan Sulu yang terkorban selepas ini....
 

3 comments:

  1. mmg kita semua dcni mengharapkan agar mereka menyerah dan berdamai..sedih sana sini perang...

    ReplyDelete
  2. Perjuangan tanah dan bangsa yang melebihi agama, saling berbunuhan. Apa pun, semua kita mendoakan konflik ni selesai dengan sebaik mungkin. Soal kedaulatan negara, soal kesucian agama...

    ReplyDelete
  3. moga2 hati nyer jadi lembut untuk henti kan pertumpahan darah ni

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....