Gawat..sungguh gawat di bahagian pantai timur Sabah sekarang. Mula-mula dua orang komando Polis Malaysia terbunuh bertempur dengan sekumpulan apa yang dipanggil Tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Sekarang angka korban polis Malaysia telah meningkat menjadi tujuh orang pula apabila semalam terjadi satu lagi pertempuran di Semporna mengakibatkan lima orang lagi polis kita terbunuh.
Nampaknya sumpah pengikut Sultan Sulu bahawa mereka akan bertahan di Sabah hingga mati betul-betul terjadi. Medan pertempuran yang pada mulanya cuma di Lahad Datu kini telah merebak ke Semporna yang terletak 150 km dari Lahad Datu. Yang lebih membimbangkan bila polis menyatakan kelibat pengikut Sultan Sulu juga telah kelihatan di Kunak, 70 km dari Semporna. Pantasnya mereka bergerak!
Mengikut polis, kumpulan yang bertempur dengan polis di Semporna dan di Kunak berpakaian lengkap tentera dan melakukan serangan hendap seperti pasukan gerila.
Tadi JR sempat mengikuti berita TV. Kelihatan ramai penduduk di Lahad Datu membeli barang dalam jumlah yang banyak kerana mereka mungkin takut sesuatu kejadian yang lebih buruk akan berlaku.
Semoga Allah menyelamatkan rakyat Sabah, juga menyelamatkan anggota pasukan keselamatan kita yang bertugas di sana. Semoga Allah juga melembutkan hati saudara-saudara seagama kita rakyat Sulu, terutama Sultan Sulu agar dapat menghentikan pertempuran ini.
Sultan Sulu: Bila hatinya akan lembut?
Nota Kaki: Semasa terjadi bencana alam di Amerika dulu, presiden Obama sanggup menghentikan seketika kempen pilihanrayanya untuk memberi tumpuan di negeri yang dilanda bencana. Sekarang Sabah dilanda bencana, sanggupkah pemimpin-pemimpin kita berhenti seketika bercakap soal kempen politik dan menumpukan perhatian kepada masalah di Sabah?
Gawat betul keadaan di sabah sekarang ni. Harap pihak berkuasa dapat menangani masalah ni sebaik mungkin.
ReplyDeletesangat2 menyedihkan..isteri menjadi balu,anak2 menjadi yatim...
ReplyDeletetengok jugak berita..
ReplyDeletekesian rakyat yang tak bersalah jadi mangsa
Ta sedekahkan al fatihah buat perwira kita......amin amin
ReplyDeleteMemang Patut...Menteri2 menghentikan kempen politik...
ReplyDelete