»

02 March 2013

Awas Jika Terima Panggilan Telefon Dari Nombor Ini!!


Korang pernah menerima panggilan telefon menerusi henset dari nombor-nombor tak dikenali? Apa tindakan korang?

JR ingin kongsikan maklumat ini untuk korang. Ia pasti bermanfaat sebelum kita terkena:



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, PDRM dari laman rasmi facebooknya mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. 

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). 

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).`

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

-Sumber:   nizarazu.com-



JR: Semakin canggih teknologi, kehidupan menjadi semakin mudah, mudah dalam serba serbi, termasuk mudah kena tipu....

5 comments:

  1. IM memang selalu berjaga-jaga dalam hal ini. Malah yang secara fizikal juga; yang datang meminta di rumah atau di masjid, IM tak prihatin...

    ReplyDelete
  2. Sahih ke pasal boleh salin semua maklumat dekat fon kita tu bro?

    ReplyDelete
  3. pernah..sms pun pernah tapi mmg saya xangkat kalau no tak naik nama...

    ReplyDelete
  4. terima kasih Jay Ar, bahaya ..ada jg dapat panggilan tak dikenali..elok langkah keselamatan..terbeik ni...

    ReplyDelete
  5. ita plok kalau nombor yang memang takde nama takan angkat punyer...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....