Bangun pagi ni tengok pancoq salah satu bilik air rumah JR agak berkhetang. Tapi pagi ni tak ada masa nak cuci pancoq sebab ada urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Walaupun hari Jumaat cuti umum di Kedah, tapi JPN buka setiap Jumaat dan Sabtu). Tengahari pula ada kerja lain, lepas tu kena pergi solat Jumaat. Lepas solat Jumaat pula nak bawa anak ke hospital sebab ada masalah kesihatan sikit. Tengoklah malam nanti atau petang-petang jika tak pergi joging baru nak selesaikan masalah pancoq berkhetang tu. (Nak minta isteri bantu cuci pancoq kesian pula kat dia.....)
Tapi korang paham ke makna pancoq berkhetang tu?
Bagi mereka yang tak familiar dengan dailek Utara, hari ni JR nak perkenalkan dua perkataan Utara untuk korang - pancoq dan berkhetang.
Pancoq (pan-coq): bilik air
Berkhetang (Be-khe-tang): tompokan bekas kotoran
Sekian saja....jaga kebersihan rumah, jangan biarkan pancoq hangpa berkhetang nanti malu kat tetamu yang mai rumah....
Ha, ni dah dua perkataan sehari. Tapi takpe, ni betul2 tak pernah dengar punya perkataan...
ReplyDeleteKalau Pocong laju je dapat tangkap. Tapi kalau pancoq memang tak tahu la.
ReplyDeleteooo..itu ke maksudnya....baru tau.
ReplyDeletekeluarga mertua saya,suami saya..tak pernah guna perkataan tu...depa sebut bilik ayaq..:)
ReplyDeleteoooo...bce lh jugak..tp tk fhm...hahaha
ReplyDeletefenin sikit.
ReplyDeletesaya memankalau dengar memang tak faham JR
ReplyDelete