»

21 March 2013

Keputusan SPM...Jangan Menangis Sayang


Terlebih dulu JR nak minta maaf kerana 1-2 hari ni cik ta (bukan cik Rozita Cik Wan), tapi cik ta net aka  internet ada sikit problema. Bayangkan dua hari tak ngadap laptop kerana streamyx buat hal, rasa macam kucing mati anak. Tak dapatlah JR melawat sambil memberi komen merapu membina di blog korang...hehehe..

Seperti korang tahu keputusan SPM dah keluar pagi tadi. Anak JR (Mohd   Fahmy Ashraf) adalah salah seorang pelajar yang ambik peperiksaan SPM tahun lepas.

Nak tau resultnya? Sebenarnya JR agak malu nak beritau korang, sebab anak JR gagal dapat 9A seperti 18 kawan-kawannya di Kolej Sultan Abdul Hamid yang dapat straight A (kebanyaknnya dari kaum Cina dan India). Resultnya tak sebaik beberapa kawan rapatnya, malah tak sebaik abangnya yang dapat 7A 2B dalam SPM tahun lepas.

Anak lelaki JR ini cuma dapat cukup-cukup makan saja: 3A, 4B dan 2C. Tapi bagi JR OK lah juga tu, sekurang-kurangnya tak ada D, E atau G... Yang dapat B tu pula kebanyakannya B+, hampir-hampir nak dapat A la juga kalau dengan izin Allah dia lebih berusaha. Yang dapat C pula subjek matematik tambahan dan biologi, 2 subjek yang sejujurnya JR sendiri tak dapat membantunya kerana JR dulu cuma dari aliran kemanusiaan yang tak ada subjek matematik tambahan dan biologi..

Walaupun cuma dapat cukup-cukup makan, tapi JR berharap cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi tercapai seperti dua orang  abangnya yang kini sedang belajar di IPTA Johor dan Melaka. 

JR sendiri sejujurnya tidak begitu yakin dia akan mendapat keputusan yang lebih baik dari apa yang dia dapat pagi tadi. Ini kerana malam sebelum Fahmy ambil SPM, tiba-tiba dia jatuh sakit hingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada pukul 4 pagi esoknya sedang pukul 8 pagi dia perlu berada di dewan peperiksaan. Pada hari yang sama adik lelaki JR di Pulau Pinang meninggal dunia. Bayangkan betapa peningnya kepala JR pada hari itu - terpaksa balik kampung kerana adik meninggal dan anak yang sakit pula perlu menduduki SPM. 

Dan walaupun Fahmy dapat ambil semua 9 subjek peperiksaan, namun sepanjang peperiksaan berlangsung dia sentiasa mengadu tak sihat. Jadi bila dia dapat keputusan yang cukup-cukup makan JR masih rasa bersyukur, walaupun cuma 3A namun sekurang-kurangnya dia dapat semua kredit...


Kepada yang sedang menangis gembira kerana mendapat keputusan terbaik, keluarkan air mata kegembiraan korang sepuas-puasnya. JR mengucapkan tahniah dan sangat bangga dengan kejayaan korang, anak korang, anak saudara korang atau kawan korang...
Kepada yang menangis kerana mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, termasuk Mohd Fahmy Ashraf, jangan berdukacita. Jangan menangis, sayang. Kesatkan air mata duka itu dan pandanglah ke depan dengan penuh keyakinan kerana hidup perlu diteruskan... 

12 comments:

  1. Sebenarnya yang menentu kejayaan seseorang bukanlah keputusan periksa, tapi sikap dan keperibadian...

    ReplyDelete
  2. tahniah! itu dah cukup baik memandangkan bnyk benar cobaannya.

    ReplyDelete
  3. salam jay ar.
    Apa nak malu...ta pun keputusan spm dulu tak seberapa..sbg org tua sokongan dan motivasi itu lg penting..
    Jay ar..seorang ayah yg baik dan neutral kan?

    ReplyDelete
  4. tahniah JR ! 3A pun kira hebat . mungkin sebab dia kurang sihat sepanjang peperiksaan kan .

    smart la PAPA JR :) herher

    ReplyDelete
  5. tahniah buat anak jR.. alhamdulillah ..bg deno keputusan dia bagus, tak ada d,e atau fail.. apa2 pun, selamat menempuh alam universiti pula :)

    ReplyDelete
  6. SPM ni cuma batu loncatan untuk kita masuk universiti. Tapi di alam universiti kalau kita tak pandai bawa diri, cemerlang waktu spm pun boleh hancur.

    Tahniah kepada anak JR

    ReplyDelete
  7. 1. apa pun tahniah, kegagalan sebenar adalah mereka yang tak pernah mencuba.

    2. dulu saya ambik result spm kat sekolah sehari lewat. sebab tak nak jumpa budak2 lain yang lebih power. hahahaa...

    ReplyDelete
  8. Tak dpt A berlonggok takpe, asal jangan ada gagal.
    Lgpun JR tau dia dh usaha, kemampuan individu pulak mmg berbeza.

    Tahniah utk dia ya! Teruskn usaha ke peringkat seterusnya.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah sekurang2 ada jugk keputusan..yg pnting sekrang ni tumpuan untuk k u plok lh..





    ank sedara ita dpt 6a4b+....
    2 hr meraung ktanyer tak berbaloi dgn usaha...

    ReplyDelete
  10. tahniah kepada yng berjaya. anak JR juga hebat 4A hebat tu...

    ReplyDelete
  11. kalau kita fikirkan laluan untuk berjaya itu terlalu banyak...terpulang kepada genarasi muda nak mulakan..cuma keputusan yang baik tu mudahlah dia nak lalu mana..kan jalan dah luas..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....