»

06 March 2013

Mati Syahid


Semalam ketika menunggu giliran untuk menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut, JR terbaca sebuah akhbar Melayu. Terbaca pandangan seseorang yang menyatakan anggota keselamatan kita yang mati  dalam pertempuran dengan pengikut Sultan Sulu di pantai timur Sabah adalah mati syahid.

Ketika sampai di rumah bila buka internet, JR baca mengenai orang-orang Islam Filipina yang mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Manila. Sambil melaungkan "Allahuakbar", ada antara mereka menyebut pengikut-pengikut Sultan Sulu yang meninggal dunia ketika bertempur dengan anggota keselamatan Malaysia di Sabah adalah mati syahid.

Orang Islam dengan Islam bertempur mati syahid ke??

Dulu pernah terjadi peperangan antara dua negara Islam - Iran dan Iraq. Kedua-dua pihak menyatakan tentera mereka yang mati dalam peperangan itu adalah mati syahid.

Dua negara Islam (Iran dan Iraq) berperang, tentera kedua-dua belah pihak mati syahid ke? Ia adalah peperangan antara dua negara Islam, bukan perang antara tentera Islam dan kafir seperti perang Badar, Uhud atau Khandaq.


Orang Islam Sulu

Orang-orang Islam selatan Filipina, termasuk Sulu mempunyai sejarah perjuangan yang panjang. Sudah berpuluh tahun orang-orang Islam Filipina mengangkat senjata bersama MNLF (Moro National Liberation Front) dan MILF (Moro Islamic Liberation Front) menentang tentera Kristian Filipina. Mungkin ramai yang setuju jika dikatakan pejuang Islam di selatan Filipina yang berjuang menentang penindasan Kerajaan Kristian Filipina mati syahid, tapi bila mereka menceroboh perairan Sabah dan bertempur dengan anggota keselamatan Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam, bolehkah mereka dikatakan mati syahid?

Terlalu banyak pertempuran sesama Islam sekarang: di Syria orang Islam berbunuh sesama Islam, di Afghanistan, Pakistan, Iraq juga orang Islam berbunuhan sesama Islam. Dan kini antara pasukan keselamatan Malaysia dan orang Sulu warganegara Filipina pula.

Semua pertempuran itu bukan untuk mempertahankan agama seperti peperangan Badar, Uhud atau Khandaq.

Hati JR selalu sebak bila mengingatkan umat Nabi Muhammad menggunakan senjata mereka untuk berbunuhan sesama sendiri. Alangkah baiknya jika senjata yang dibazirkan untuk membunuh sesama Islam ini digunakan untuk mempertahankan Palestin yang ditindas Israel.

Semoga tak lama lagi pertumpahan darah sesama Islam ini akan selesai. Dan semoga Allah menempatkan roh semua saudara seagama kita yang meninggal dunia di kalangan mereka yang beriman.

9 comments:

  1. mmg sedih sesama islam berbunuhan

    ReplyDelete
  2. hmmm . klau dekat gaza apa tu semua yela mati syahid .

    kalau m'sia ? mati prthanankan negara ?

    ReplyDelete
  3. Betul jugak tu kan bro JR. Sepatutnya sesama islam bergabung untuk mempertahankan islam di palestine sana. Ni sesama islam pulak berperang..

    ReplyDelete
  4. Saya tak pasti betul ke tidak, tapi ada satu hadis ni kata, kalau 2 orang islam saling berbunuhan, 2-2 akan masuk neraka. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. kalau orang Islam menceroboh negara lain, dan org Islam di negara yang dicerobohinya itu mempertahankan hak mereka, apakah hukum kematiannya itu? Sila beri pencerahan?

    ReplyDelete
  6. sama2 kita doakan keselamatan para wira negara di sana..

    ReplyDelete
  7. semoga keamanan segera di capai....amiiinnn

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....