»

06 March 2013

Artis Wanita Main Kasar Belasah Laki Sampai Mati


Nasib baik JR dah kawin. Jika JR belum kawin agaknya JR akan berpikir 12,000 kali sebelum kawin. Seram, memang seram...manalah tau ada lagi spesis wanita seperti ini di dunia: wanita yang sanggup belasah laki sampai mati!

Nasib baik isteri JR tak pernah belasah JR sampai mati. Ish..kalau belasah sampai mati bagaimana JR nak tulis entri ni kan? Belasah dengan kata-kata menyindir ada juga sekali dua kala, maklumlah walaupun JR selalu bangun lebih awal dari isteri bagi menyediakan sarapan untuk anak-anak, tolong kemas rumah, tolong basuh pakaian dan sidai pakaian, tolong masak, tapi sebagai suami JR masih punya banyak kelemahan. Jadi memang patutlah jika JR sesekali dibelasah dengan kata-kata sindiran oleh isteri, biasalah...hihihihihi...


Berbalik kepada cerita penyanyi wanita Malaysia yang membelasah suaminya sampai mati, penyanyi itu namanya Nouri Ramli. Korang kenalkah Nouri Ramli? 

Sori, JR sendiri sebenarnya tak pernah dengar nama Nouri Ramli pun sebelum ini. Mengikut berita dia penyanyi popular tahun 1990an, pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan pernah memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. 

Kata dia penyanyi popular, tapi bagaimana JR tak boleh ingat namanya, sedang JR bukan calang-calang penyanyi....penyanyi bilik air!!!

       Nouri Ramli masa muda-muda


Suami penyanyi itu, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Tu dia...hebatnya pompuan ni, ikat kaki dan tangan laki kemudian belasah sampai mati!!
Kejadian itu dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran antara suami isteri itu berhubung kes perebutan anak. Nouri, 39 tahun, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan mati dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Gambar Nouri dan suami...masa ni dia belum belajar tomoi siam kot??
Mengikut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin penyanyi wanita itu telah ditahan di rumahnya kelmarin dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan ditahan untuk siasatan polis.
Kepada lelaki di luar sana yang belum berkahwin, sila berhati-hati ketika mencari pasangan...jangan terpilih wanita cantik yang ada bakat menjadi ahli tinju atau tomoi siam. Carilah yang lemah lembut luar dan dalam, dan yang paling penting beriman...
Kepada pembaca wanita harap tak terikut-ikut dengan perangai wanita ini. Wanita yang ada bakat membelasah suami sendiri bukan selalu muncul dalam sejarah dunia. Harap korang tidak tiru aksi dia, kecualilah jika teringin nak mencari pengalaman indah tidur dalam lokap polis....

9 comments:

  1. hahaha...selama ni dok dgr kes suami belasah isteri..seklai kena..nahh amik..jalannnn terusss...

    ReplyDelete
  2. oh... baru tahu...memang penah tengok artis ni... tapi tak tahu la dia popular sbg penyanyi ke pelakon ramai na artis2 malaysia ni dah mcm cencdawan tumbuhhh ==

    ReplyDelete
  3. uii..ganazzz... sampai hati bt suami gitu,...syurga isteri bawah telapak kaki suami...kena sayang sayang bukan pukul sampai mati gitu....alahai..kesian kat anak dia dah xder mak bapak lak...

    maka syaitan pun bergumbira..... kesian sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri patut patuh pada suami tapi rasanya takde hadis yg mengatakan syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

      Delete
  4. bang...sy blom kawen lg bang...haduuuii
    ni yg takot nih....kena ganas cengginih...huh mampos uhuhuhuuu

    ReplyDelete
  5. salam jay ar
    Pergh.. Macam macam hal..

    ReplyDelete
  6. nauzubilahi min zalik..apatah nak belasah dengan tangan,nak belasah dengan kata2 pun dah berdosa besar bagi seorang isteri terhadap suaminya.tak takut ke dengan neraka Allah..

    huhuhu.



    ReplyDelete
  7. bila syaitan menguasai diri...

    *tak kenal dia ni, tapi mcm penah dgr nama dia dolu2.

    ReplyDelete
  8. oooo...ada tengok dalam berita baru ni..
    tapi tak cam sapa...

    penah tengok muka tapi tak tak pernah dengar lagu dia...


    padahal boleh bawak bincang..apasal lah sampai nak berbunuh bunuhan

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....