»

05 March 2013

Kalau Muka Tak Masuk Paper Aku Tak Mau Derma



Dah jadi lumrah orang kita kalau ada sesuatu tragedi, kita cepat-cepat buat tabung untuk berderma kepada mangsa tragedi berkenaan. Itulah yang bagus dan budimannya orang Malaysia, jika tragedi berlaku di pelusuk dunia mana pun, kita antara negara pertama yang paling suka menderma. Palestin, Gaza, Pakistan, Indonesia, Jepun...tak kira di mana jua, hati tulus rakyat Malaysia cepat tersentuh untuk memberi derma.

Tapi ikhlaskah derma kita? 

Kebanyakannya memang menderma dengan hati yang ikhlas. Tapi ada juga yang menderma kerana kalau tak menderma jiran atau kawan sebelah akan tersenyum sinis kepadanya. Malu kalau tak menderma. Jadi terpaksalah juga menderma. Kalau jiran atau kawan sebelah bagi derma RM10, dia pula bagi RM20, paling busuk RM15, nak tunjuk dia lebih budiman dari jiran atau kawannya.

Sebaik-baiknya bila memberi sumbangan derma biarlah hanya kita dan Tuhan saja yang tau. Tangan kanan menderma, tangan kiri tidak tahu, itulah sebaiknya. Seperti maksud hadis Nabi: salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT di hari akhirat kelak adalah mereka yang selalu bersedekah secara berahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan (hadis sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504).

Tapi kita...kita...dan kita?? Derma secara rahsia, mau ke???

Ramai yang menderma supaya dermanya itu dihebahkan, masuk paper, kalau masuk TV lagi baik! Ada yang berharap dapat pujian, namanya disanjung, menaikkan reputasi syarikat. Contohnya syarikat korporat yang menjaja nama, mendermakan banyak wang sebagai iklan dan promosi untuk menaikkan nama syarikat mereka. Bagi pula replika cek sebesar anak gajah bertulis ratus ribu RM.....ikhlaskah itu?

Tiba-tiba JR teringat cerita seorang kawan JR, seorang wartawan sebuah akhbar Melayu yang terkenal. Masa itu terjadi gempa bumi besar di Sumatra Barat pada 2009. Lalu ramailah pihak yang memberi derma kepada mangsa gempa bumi. Antara yang menderma termasuk syarikat korporat seorang Datuk Seri yang juga tokoh politik yang terkenal di utara tanah air. Maka  mendermalah tokoh korporat aka tokoh politik itu beberapa ribu ringgit. Siap panggil akhbar lagi dengan replika cek gergasi sebesar TV 60".


Cuma gambar hiasan.. tiada kena mengena dengan entri ini..

Lepas sehari wartawan ambil berita dan gambarnya, marahlah Datuk Seri itu kerana mukanya belum masuk akhbar lagi. "Bila lagi nak masuk paper??" jerkahnya dalam telefon kepada kawan JR.

Tiga hari lepas itu barulah berita dan gambar Datuk Seri itu masuk paper. Tapi dia masih tak berpuashati:

"Dah la lambat masuk paper..hang masuk gambaq kat muka tengah pula. Pasai apa tak masuk di muka depan haaa...sia-sia saja aku derma beribu-ribu.  Bagi duit tu kat Datin beli rantai berlian dia lagi bagus!!"

Ikhlaskah derma seperti ini? Derma cuma untuk muka masuk paper dan TV? Derma tangan kanan, tapi tangan kiri, kaki kanan dan kiri, sampai bulu hidung dan bulu ketiak pun tahu kita menderma...di mana pahalanya???

Nota Kaki: Sekarang musim menderma untuk keluarga mangsa pertempuran di pantai timur Sabah. Marilah kita menderma beramai-ramai bagi meringankan beban keluarga mereka yang berkorban untuk tanah air. Berdermalah secara ikhlas, biar tangan kanan menderma, tangan kiri pun tak tau....

9 comments:

  1. derma dgn niat nak menunjuk2...tak dapat pahala apa pun...:)

    ReplyDelete
  2. sukar nak tafsirkan naluri manusia ni, rambut sama hitam rupanya corak hati lain..mungkin tahap iman berbeza ..

    ReplyDelete
  3. Ada kalanya sesuatu itu kena diberitahu kepada umum demi maslahat yang tertentu.

    ReplyDelete
  4. Derma kena ikhlas tak perlu masuk paper baru nak derma....orang sekrg memang cam gitu...

    ReplyDelete
  5. Mereka yg mengejar dunia je yg sibuk nak masuk paper bila menderma, sbb nak publisiti utk survival bisnes/politik.

    ReplyDelete
  6. xberkat laa derma gitu

    ReplyDelete
  7. kena masuk paper bang.....nnt org tak tau dia menderma.... hihihiii

    ReplyDelete
  8. adoi..bak kata pepatah sembunyikan tgn kiri...

    ReplyDelete
  9. inilah hakikatnya sekarang,sifat riak lebih menguasai iman..huhu.

    nauzubilahiminzalik...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....