»

04 March 2013

Kerana Dirimu Begitu Berharga, Sayang....


Jika korang seorang wanita, korang perlu membaca entri ini. 

Jika korang seorang lelaki, suami kepada seorang wanita, ayah kepada anak perempuan atau jika korang seorang lelaki bujang yang ada emak, kakak dan adik seorang perempuan dan nanti bakal isteri juga seorang perempuan, JR syorkan korang membaa entri ini:


Sebahagian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka: 

- "Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."


- "Kenapa la  para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

- "Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

- "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"

- "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya?" 

- "Mana keadilan pada kaum hawa? Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

- "Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan-pertanyaan itu.

Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah:

- "Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

- "Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
- "Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

- "Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Di akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. 

Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"

- "Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.



11 comments:

  1. melihat perkara luaran dengan hanya mata kasar tanpa mahu mencari penjelasan lebih mendalam. maka, timbullah persoalan yang sebegini.

    *sudah kongsi entri ini di dinding facebook saya...

    ReplyDelete
  2. Setiap kewajiban yg ditetapkan, telah didatangkan dgn hak yg menguntungkn. Begitulah sebaliknya kan.

    Sbb tu kalau tak tau, ikut je perintah Allah & rasul. Jgn dipertikaikan dgn akal kita yg terbatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uji 200% tirana aduka myokong pendapat anda..
      Kena belajar lg yg asas ni.tak kuat lg...

      Delete
  3. jangan mempersoalkan apa yg telah ALLAH tetapkan...hikmahnya tak terjangkau dek akal kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis kamsiah
      Jika mereka kurg faham wajib belajarkan?

      Delete
  4. kelu lidah nak komen..

    xpayah lah nak persoalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah

    ReplyDelete
  5. Wajib Bagi Seorang Istri untuk meminta izin dari suaminya apabila ingin keluar dari rumah....Ada jugak wanita yang mempersoalkan apa yg Allah tetapkan...

    ReplyDelete
  6. win win situation. Pe pun kita kena lebih mendalami ilmu agama tak kira male or female,

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....