»

21 March 2012

SPM: Jangan Menangis Sayang....


Salam tengahari Rabu yang hangat buat semua pembaca blog JR.

Apa kabar semuanya hari ni? 

Pasti hari ni ada yang gembira, tak kurang yang berduka. 

Keputusan SPM 2011 dah keluar sebentar tadi, ada tak korang sendiri, anak korang, anak saudara korang atau sesiapa yang rapat dengan korang ambil SPM pada 2011?

 

Mengikut sumber Kementerian Pelajaran, seramai 559 daripada 468,808 calon SPM 2011 telah memperoleh A+  bagi semua mata pelajaran yang mereka ambil berbanding cuma 403 pada tahun 2010. Tahniah kepada mereka yang dapat semua A!!

Kepada yang sedang menangis gembira kerana mendapat keputusan terbaik, keluarkan air mata kegembiraan korang sepuas-puasnya. JR mengucapkan tahniah dan sangat bangga dengan kejayaan korang, anak korang, anak saudara korang atau kawan korang itu.
Kepada yang menangis kerana mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan berdukacita. Jangan menangis, sayang. Kesatkan air mata duka itu dan pandanglah ke depan dengan penuh keyakinan kerana hidup perlu diteruskan. 
Ingatlah esok masih ada, matahari akan keluar seperti biasa dan dunia belum kiamat. Selagi esok masih ada dan dunia belum kiamat, masih ada cahaya di hujung terowong. Anggaplah kegagalan hari ini sebagai langkah pertama untuk kejayaan hari esok. JR punya banyak pengalaman tentang orang-orang yang rebah, tapi bila mereka bangun akhirnya mereka berjaya memintas orang-orang yang dulunya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik daripada mereka. 
Nota: Tahniah kepada Mohd Fitri Amri yang telah mendapat 7A 2B ....Walaupun tak mendapat 9A tapi cuma dengan belajar sendiri, tanpa memasuki mana-mana kelas tuisyen, ia suatu keputusan yang tetap membanggakan ibu bapa dan adik beradikmu.

4 comments:

  1. Siapa itu Mohd Fitri Amri? Anak JR ke? Tahniah jugak. 7A's tu dh bagus la.

    ReplyDelete
  2. tahniah.. result mcm tuh da kira cemerlang.. hehe..

    semoga memilih landasan yg betul utk masa depan yg terjamin :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada yang cemerlang Dan yang berjaya.

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah la kpd fitri ♥

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....