»

07 March 2013

Hanya Kerana Dia Seekor Anjing


Hanya kerana dia seekor anjing
kau siksa dia
kau tusuk semua yang tajam dengan kejam
kau rosak mukanya sambil ketawa
peri kemanusiaan digilis kezaliman
di dalam dada terpercik dendam membara

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/581703_634745259884209_1875208465_n.jpg

Jika Tuhan memberinya pilihan
pasti dia tak mahu menjadi seekor anjing
baiklah menjadi seorang Perdana Menteri
dipuja puji di akhbar dan TV
dibodek setiap hari

Pendapat Ulamak
 
"Menurut mazhab Syafie anjing najis tapi ia masih boleh dipelihara oleh orang Islam atas tujuan tertentu. Hukumnya harus memelihara anjing untuk menjaga keselamatan kalau duduk di kawasan yang terdedah kepa­da binatang buas, untuk menjaga tana­man dan ternakan.
 
"Namun keharusan memelihara itu tidak bermaksud anjing boleh dibawa masuk ke dalam rumah. Anjing yang dipelihara untuk tujuan itu mesti di­asingkan tempat tinggalnya dari tuan rumah. Jika dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah di kawasan bandar, mestilah di sekeliling rumah mempu­nyai pagar yang tinggi supaya salakan anjing tidak menakutkan orang yang lalu lalang." - Presiders Persatuan Ulama Malay­sia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadin.

5 comments:

  1. masih terbayang peristiwa dikejar anjing ketika berbasikal kesekolah...
    yg bela anjing tu melayu/islam..

    ReplyDelete
  2. Geli pulak tengok anjing tu. Hilang perasaan nak komen.. Hehe

    ReplyDelete
  3. walaupun binatang tapi tetap ada rasa sakit..
    xa baik lah aniaya macam tu..

    ReplyDelete
  4. kalau dibandingkan manusia zalim dan tak berhati perut dengan anjing,saya lebih rela bela anjing dari manusia yang ada akal tapi tidak menggunakan untuk berfikir sebaik-baiknya.huhu.

    ReplyDelete
  5. seramnya tengok..nilah hebatnya blog Jay ar ni macam2 ada, sampai muka buruk pun masuk..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....