»

10 March 2013

Di Hukum Kerana Berdoa Untuk Lahad Datu


Kalau buka TV sekarang cerita pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih menjadi berita utama. Di akhbar pun cerita di Lahad Datu mendominasi berita.

Sentimen rakyat Malaysia juga sekarang banyak terarah ke Lahad Datu. Di mana-mana pun topik paling hot ialah isu Lahad Datu. 

Tapi pesanan penaja JR: Awas, jangan terlalu tunjukkan sentimen korang kepada orang lain.  Jangan terlalu tunjuk kita simpati kepada penduduk Lahad Datu! Jangan minta orang lain berdoa untuk penduduk Lahad Datu! Ada tempat di Malaysia ini anda tidak dialu-alukan jika menunjukkan simpati kepada penduduk Lahad Datu yang sekarang diancam oleh bunyi dentuman senjata api.

Silap-silap jika tunjuk simpati, jika mengajak orang berdoa untuk penduduk Lahad Datu, korang akan DIHUKUM!!! Ingat tu...DIHUKUM!!!

Dan itulah yang terjadi kepada pemain bolasepak Kedah, Akmal  Rizal Ahmad Rakhli ketika perlawanan bolasepak Liga Perdana di antara Kedah dan Kuala Lumpur di Stadium Darulaman pada Jumaat lepas. Selepas Akmal menjaringkan gol kedua untuk Kedah yang memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-0, Akmal meraikan jarinagnnya dengan berlari ke penjuru padang dan menayangkan t-shirt yang dipakainya bertulis: "Save And Pray For Lahad Datu"

Tapi nampaknya pengadil perlawanan tak senang dengan perbuatan Akmal yang menunjukkan simpati kepada penduduk Lahad Datu itu dan terus melayangkan kad kuning kepada Akmal.

 
Tunjukkan simpati kepada penduduk Lahad Datu pun salah?? (Foto: Media KFA)



Tunjukkan simpati kepada penduduk Lahad Datu pun salah?? (Foto: Media KFA)

Di negara luar aksi pemain menunjukkan t-shirt yang mempamerkan perasaan mereka adalah perkara biasa dan sering kelihatan di TV. Tak nampak pun pengadil marah bila pemain menunjukkan t-shirt mereka. Lainlah jika mereka tunjuk punggung atau londeh seluar, itu aksi yang memang patut dihukum.

Ketika perlawanan bolasepak Piala Negara Afrika baru-baru ini, apabila berjaya menjaringkan gol, pemain Ghana, Mubarak Wakaso menayangkan t-shirt yang dipakainya kepada penonton yang bertulis, "Allah Is Great". Pengadil perlawanan (beragama Kristian) tidak pun menghukum Mubarak kerana aksi  menunjukkan pegangan agamanya itu.


Mungkin menayangkan sesuatu slogan ketika bermain bolasepak tak dibenarkan oleh undang-undang bolasepak kita? Mungkin juga, sebab itulah Akmal dihukum kerana menayang slogan simpati untuk Lahad Datu.

6 comments:

  1. bangang sungguh pengadil itu!

    ReplyDelete
  2. biar betul? apa la pengadil tuh, vangang

    ReplyDelete
  3. Setahu saya, kalau buka baju ketika meraikan jaringan tu salah. Boleh kena kad kuning. Tapi kalau baju dalam tu ada mesej tertentu, terpulang pada budi bicara pengadil. Takkan mesej positif pun salah?

    ReplyDelete
  4. hai ada2 saja kan ...apapun Sabah kini dalam keadaan kurang aman...kenapa nasib sabah seumpama ini..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....