Malam ni JR nak perkenalkan satu lagi perkataan dialek Utara untuk kelas 1H1DU (1 Hari 1 Dialek Utara) yang JR perkenalkan 2 hari lepas.
Perkataan dialek Utara yang JR nak perkenalkan malam ini ialah 'hebeaq'.
Cara nak menyebut perkataan 'he' untuk 'hebeaq' adalah seperti menyebut perkataan 'he' untuk 'hebat'.
Makna hebeaq? Hebeaq ada dua makna:
i) Hebeaq bermakna celupar.
Contoh ayat menggunakan perkataan hebeaq ialah: Awat mulut hang hebeaq sangat?? (Kenapa mulut kau celupar sangat?)
ii) Hebeaq juga bermakna makanan atau minuman yang tawar setawar-tawarnya, tiada rasa manis langsung hingga tak menyelerakan nak makan atau nak minum kerana terlalu tawar.
Contoh ayat: Tak lalulah aku minum ayaq teh o hang buat, tawaq hebeaq!! (Tak lalulah aku minum air teh o kau buat, tawar setawar-tawarnya!!)
Mudah saja nak kuasai dialek Utara kan???
Sehingga berjumpa lagi esok, selamat malam....Nak tutup laptop dulu, sebab JR kena iron baju budak-budak untuk ke sekolah esok pula....bye....
Teh kalu tawaq hebeaq bukan pasai dia tak gheti tapi memang jenih minum teh tawaq. kencing maneh kut!
ReplyDeleteHabeaq = celupar
ReplyDeletekalau bahasa jawakan jay ar...
CANGKEM MEY LEWER.....
Amboi rajinnya iron bj sekolah anak..kenapa tak suruh mereka buat sendiri....elok ajar mereka berdikari...
ReplyDeletehebeaq sll dok gn kalau tawaq jaaa tak tau pulok ada makna lain..
hangpa nak habeaq apa kat kami.. haha
ReplyDeleterajin betul ayah jr..
ReplyDelete