Korang tentu dah dengar berita gempaq tu sejak tengahari tadi kan?
Sapa yang tak tau cerita tu dah sahlah orang yang tak ambik berat tentang apa nak jadi dengan dunia kelilingnya. Orang yang tak mau ambik tahu hal dunia sekeliling ni, kalau tsunami dah nak sampai ke halaman rumah pun dia tak sedar, masih tersenyum merenung laptop, tablet atau hensetnya sampai nyawanya sendiri hanyut...
OK dipendekkan cerita, seperti yang korang tau, pagi tadi terjadi pertempuran sengit antara pihak komando Polis Diraja Malaysia dengan sekumpulan 180 pengikut Sultan Sulu yang menduduki Lahad Datu, Sabah sejak 3 minggu lepas.
Bagi yang minat sejarah, Sabah dulunya di bawah pemerintahan Sultan Sulu. Kemudian Sabah dijajah British, manakala Sulu pula dijajah oleh Sepanyol. Sekarang Sabah di bawah Malaysia, Sulu yang penduduknya beragama Islam itu pula di bawah Filipina. Tapi Sultan Sulu masih menganggap Sabah kepunyaannya dan sampai sekarang kerajaan Malaysia masih membayar kepada Sultan Sulu sejumlah wang kerana memajak Sabah.
Tapi itu semua pasal sejarah, tentu ramai yang boring subjek sejarah....
Pada 9 Februari lepas 180 orang yang mendakwa sebagai Tentera Sultan Sulu menduduki sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah. Walaupun dikepung tentera dan polis, tapi mereka tak mau berundur kerana menganggap Sabah adalah kepunyaan Sultan Sulu.
Dan lepas 3 minggu menduduki Lahad Datu, pagi tadi terjadi pertempuran antara pasukan komando polis kita dengan penceroboh dari Sulu itu. Dua orang anggota polis kita - Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin - terbunuh dan 3 lagi cedera dalam pertempuran itu. 12 anggota Tentera Sultan Sulu juga terbunuh. Mengikut sumber berita yang JR baca, 30 daripada tentera Sultan Sulu itu bersenjatakan senapang, yang lain cuma bersenjatakan parang.
JR ingin mengucapkan takziah kepada kaum keluarga dua anggota polis kita yang meninggal itu. Juga al-fatihah kepada Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin, semoga Allah menempatkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Juga al-fatihah kepada 12 anggota Tentera Sultan Sulu yang terkorban dalam pertempuran itu. Biar apa pun tujuan mereka ke Sabah, mereka tetap orang Islam, saudara seagama kita..
Nota Kaki: Yang menghairankan JR sampai sekarang ialah bagaimana negara kita yang selalu dibangga-banggakan mempunyai kapal peronda yang canggih, kapal selam baru, sistem radar yang boleh mengesan pergerakan penceroboh, tapi perairan kita boleh dibolosi oleh penceroboh yang hanya bersenjatakan senapang dan parang? Jika penceroboh itu bersenjata lengkap, mungkin perkara yang lebih buruk berlaku..
1. tengah tunggu kenyataan rasmi kenapa sempadan kita mudah sangat bolos (walaupun kita faham sukarnya keadaan geografi kat sana tu macamana).
ReplyDelete2. tak nampak peranan ATM dalam konflik ni, selalu menteri dalam negeri (polis punya bos) yang bercakap. mana menteri pertahanan & panglima ATM?
3. rakyat sarawak (baru balik dari bintulu) kebanyakannya macam tak peka dengan situasi ni.
4. saya kecewa dengan pengguna facebook yang berlumba-lumba nak like, share dan upload gambar allahyarham (semasa hidup atau jenazahnya). kena la hormat perasaan waris.
*lama tak singgah sini. entri drama tv yang memperbdohkan tu bagus.
salam Jay Ar...
ReplyDeleteAl-Fatiahah...
amin...
Thanks jay ar sudi buat post ni TA dah draf,,,,,tapi delete setelah membaca post dari jay ar...
IM - garu kepala yang tak gatal...
ReplyDeletesemalam lihat berita di TV ..sedih tengok keranda diusung sedang isteri terkulai meratap hiba...akibat kejadian Di Lahad Datu ada yg terkorban...perintah berkurung dilakukan kat sana..
ReplyDelete