»

15 March 2013

1H1DU: Hangpa, Pi Dan Geghek


Sori kerana JR tak dapat tepati janji! Janji tak dapat dicapati!!!

Masa mula-mula JR lancarkan 1H1DU (1 Hari 1 Dailek Utara) baru-baru ni, JR berjanji nak perkenalkan korang 1 hari 1 dialek Utara. Tapi tengoklah kelas JR ni, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Sibuk la konon....

Masuk hari ni dah 2 hari tak ada kelas 1H1DU. Jadi hari ni JR kena 'qadha' dengan perkenalkan korang 3 perkataan Utara sekaligus. Perkataan-perkataan itu ialah:

Hangpa
Pi
Geghek

Bagi mereka yang selalu bercampur dengan orang Utara mungkin perkataan hangpa dan pi dah tak asing lagi. 


'Hangpa' bermakna kamu semua atau korang.
'Pi' bermakna pergi


Geghek (sebutan: ge-ghek) pula mungkin korang jarang-jarang atau memang tak pernah dengar. 

Geghek bermakna basikal

Perkataan   geghek ini tak popular di Penang, kerana di Penang kami cakap orang putih, kami sebut basikal, seperti di tempat-tempat lain juga. Tapi di Kedah dan Perlis, memang disebut geghek, terutama generasi tua. Generasi muda pula ramai yang sebut basikal, malu kot, nampak ulu sangat bila sebut geghek...

Contoh ayat yang menggabungkan ketiga-tiga perkataan itu:

"Hangpa nak pi mana naik geghek malam-malam buta ni?" (Korang nak pergi mana naik basikal malam-malam buta ni?"

OK untuk kelas 1H1DU hari ni, jumpa lagi nanti...

5 comments:

  1. jrg dengar org sebut geghek...dok dgr depa sebut beskat..:)

    ReplyDelete
  2. ooooo..basikal...ingt mncis api

    ReplyDelete
  3. wah ada harapan nak belajar melayu ni, perbakapan biasa..maksud saya..

    ReplyDelete
  4. bahasa kedah ke nie? pelik betul bunyinya..

    ReplyDelete
  5. layan santai jay ar.keep it up.utara ori mari.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....