»

14 March 2013

Sesi Bersembang Dengan Putri Raja


Pernah korang bersembang dengan putri Raja? Pernah? 

Maksud JR putri Sultan, kalau dengan Raja biasalah...JR pun punya beberapa kawan yang ada  gelaran Raja di depan namanya, kawan serumah JR masa bujang-bujang dulu pun, ada juga bergelar Raja....Raja Faizal (dah lama tak jumpa dia..)

Yang JR maksudkan dengan putri Raja ini ialah putri Sultan...

Sejujurnya JR tak pernah bersembang dengan putri Sultan. Kalau dapat bersembang pasti tak tau bagaimana nak mulakan percakapan: "Daulat Tuanku putri, sembah patik harap diampun..." begitukah intro gaya percakapan dengan putri Sultan agaknya? Yalah, JR orang biasa, asal pula dari Penang, negeri yang tak ada Sultan...

Tapi sekarang kita berpeluang bersembang dengan putri Sultan. Dan putri Sultan ini pula bukan calang-calang orang, ia putri Sultan yang namanya sudah terkenal satu dunia, terutama di Malaysia dan Filipina. 

Korang pernah dengar kan Putri Jacel Kiram? Namanya selalu masuk paper kerana dia menjadi jurucakap kepada ayahnya, Sultan Jamalul Kiram III yang tenteranya sekarang sedang bertempur dengan pasukan keselamatan kita di Lahad Datu dan Semporna.

Sekarang putri Sultan Sulu ini telah membuka akaun twitternya @jacelkiram yang dibukanya mulai semalam. Popularnya dia, baru saja buka twitter dalam 24 jam pengikutnya dah berlambak. Ketika JR menaip ni, JR tengok pengikutnya dah menjadi 4,078, hebat!!


Princess Jacel Kiram

Princess Jacel Kiram

@jacelkiram





Putri Jacel sedang bertweet...(Sumber: GMA News, Filipina)

Inilah tweet pertama Tuan Putri:


  1. Salam! This is my official twitter account.


Sebahagian yang bertweet dengan putri Jacel ialah orang Malaysia, pasti ramai yang marah-marah kepadanya:



Tengoklah, mereka masih percaya Sabah itu kepunyaan Sultan Sulu kerana kerajaan kita masih bayar sewa kepada Sultan Sulu:



Kalau korang ada akaun twitter dan nak bersembang dengan putri Jacel, nak pujuk dia atau nak murka kepadanya, silakan....

Tapi bagi JR tak ada gunanya kita bercakap kasar dengan seseorang, sebab bila kita guna api, mesti akan dibalas dengan api juga. Gunakanlah pendekatan Rasulallah yang sentiasa berlembut, kerana dengan berlembut saja dapat melembutkan hati orang, kerana hanya air yang dapat memadamkan api, insyaallah...

7 comments:

  1. sultan sulu..??
    adakah beliau benar2 sultan yg berdaulat..diiktiraf?
    atau saja syok sendiri..

    ReplyDelete
  2. Puteri katanya.. Tak sedar dek untung.. Elok dia ni pergi berperang sekali. Biar kena tembak.

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa berinteraksi dengan dia melalui twitter ni dalam nada marah2 bukan sesuatu yang bijak.

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga sewa Sabah yg dibayar kerajaan kpd Sultan Sulu, cuma RM5,000 setahun?

    ReplyDelete
  5. owah ..inilah kelainan blog JR..kan berani tu..terbaiklah sensasi..cantik pula kan anak dia..

    ReplyDelete
  6. lupa psword twitter...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....