Akhirnya dia pergi jua.
Baguslah dia dah pergi. Dia telah menyebabkan banyak kekacauan, dia telah menyebabkan anak kehilangan ayah, isteri kehilangan suami, ibu dan ayah kehilangan anak. Dia juga telah menyebabkan ramai yang cedera dan trauma.
Baguslah dia pergi. Dan jangan kau kembali lagi, kami tak perlukan lagi sosok tubuhmu di sini lagi!
Tapi yang JR takut dia yang bernama Agbimuddin Kiram @ Aziemuddin Kiram @ Azzimudie Kiram itu akan kembali ke Sabah lagi. Agbimuddin Kiram @ Aziemuddin Kiram @ Azzimudie Kiram yang digelar sebagai ketua pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu itu bukan sebarang orang. Tengoklah ejaan namanya pun macam-macam, dia pasti pandai menyamar. Dia pula adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
Antara yang paling menghairankan JR selama sebulan mereka di Lahad Datu apa yang mereka makan? Bagaimana mereka mendapatkan makanan, tak kan hari-hari makan biskut marie cicah air sejuk? Mereka juga mempunyai duit yang banyak, malah ada seorang penduduk berkata mereka mahu membeli rokok darinya dengan harga RM50 sebatang. Kayanya mereka!!
Agbimuddin @ Aziemuddin @ Azzimudie Kiram ini pula selalu telefon abangnya melaporkan apa yang terjadi kepada dia dan pengikutnya di Lahad Datu. Yang menghairankan JR alat telefon apa yang selalu digunakannya dari dalam hutan untuk menelefon abangnya? Dalam hutan mana ada pondok telefon? Atau dia mempunyai peralatan telekomunikasi yang sangat canggih hingga kerajaaan kita yang cekap ini pun tak dapat memintas percakapannya??
Itulah yang menakutkan JR...takut dia kembali lagi!! Dan bila mengetahui siapa ketua pengganas Sulu ini, banyak soalan di atas terjawab.
Sebenarnya Agbimuddin @ Aziemuddin @ Azzimudie Kiram ini bukan sebarang orang. Dia yang berumur 60an (bukan muda lagi!!) adalah seorang VVIP Sabah, mempunyai kad pengenalan Malaysia hasil projek IC tahun 1970an dan 1980an dulu, pernah menjadi pegawai tinggi kerajaan (Penolong Pegawai Daerah Kudat) bergelar Datu. Selepas bersara dari jawatan kerajaan Malaysia dia menjadi usahawan berjaya, melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu dan mempunyai ramai kenalan di Sabah, maklumlah dia VVIP.
WANTED...Agbimuddin @ Aziemuddin @ Azzimudie Kiram
Sebagai seorang VVIP yang sudah lama tinggal di Sabah, Agbimuddin @ Aziemuddin @ Azzimudie Kiram yang digelar Raja Muda Sulu pasti tahu banyak selok belok Sabah. Sebab itulah walau pasukan keselamatan kita mengawal ketat perairan Sabah, tapi dia masih boleh meloloskan diri.
Yang JR takut kerana sebagai VVIP yang mempunyai ramai kenalan di Sabah, walaupun dia dilaporkan sudah meninggalkan Sabah, dia masih boleh kembali.
Tapi JR berharap dia tak kembali lagi. Jangan kacau bilaukan Sabah lagi! Jika dia kembali dan ditangkap mudah saja untuk kerajaan Malaysia mendakwanya di mahkamah. Maklumlah dia mempunyai kad pengenalan Malaysia, bermakna dia juga rakyat Malaysia yang sudah pasti tertaklok kepada undang-undang Malaysia. Dan kalau dia ditangkap tentulah hukuman yang menantinya ialah hukuman mati. Kerajaan Filipina tak boleh buat apa-apa kerana ketua pengganas Sulu ini juga rakyat Malaysia, dia kena ikut undang-undang Malaysia...
Minta maaf jika entri kali ini panjang, akademik dan serius. Kadang-kadang terbawa-bawa gaya penulisan wartawan...maklumlah pernah jadi wartawan part-time!
semoga dia pergi utk selamanya..
ReplyDeleteeloklah dia pergi,..pergi tak kembali,..kerana kedatangan dia ke sini pun buat sakit hati jer,...banyak mangsa yang terkorban..
ReplyDeletepergila dia..blog pesona saja tak banyak entry hal Sabah gelodak yg berlaku..manalah tahu ada fakta salah..biarlah lain blog buat entry saya baca..terima kasih JR ..anda bagus dan berani...saya bukan takut..kerana pastinya entry saya tu murni dan tak menikam sesiapa tapi....saya banyak membaca tohmahan terhadap Sabah..sedih kekadang..
ReplyDeletepergila dia..blog pesona saja tak banyak entry hal Sabah gelodak yg berlaku..manalah tahu ada fakta salah..biarlah lain blog buat entry saya baca..terima kasih JR ..anda bagus dan berani...saya bukan takut..kerana pastinya entry saya tu murni dan tak menikam sesiapa tapi....saya banyak membaca tohmahan terhadap Sabah..sedih kekadang..
ReplyDeletesorry jadi 2 pula
ReplyDeletehrap dia pergi untuk selamanyer...
ReplyDeleteermm..memng kaya lh klu nk beli rokok sebtang 50 hinggit...
Mmenakutkan.....semoga Malaysia kita kembali aman...
ReplyDeleteEloklah dia pergi...baru tahu serba sedikit tentang raja sulu tue..
ReplyDelete