»

16 February 2013

Tips Mendapat Ramai Anak


Sepanjang cuti cuti raya Cina selama seminggu ni, semua anak JR yang seramai setengah dozen tu, semua berkumpul di rumah. Lepas ni akan berkuranglah bilangannya bila sebahagiannya pulang ke kampus masing-masing semula. Malam tadi yang belajar kat Johor tu dah balik semula ke Johor. Malam ni seorang lagi yang belajar di Melaka akan pulang ke asramanya. Lepas ni cuma tinggal 4 anak di rumah, kurang meriahlah sikit rumah...

Masa mula-mula kawin dulu, isteri JR beritau antara impian perkahwinannya ialah untuk mendapat anak seramai mungkin - kalau boleh 10 orang anak! Mungkin dia seronok lihat kemeriahan keluarga JR yang mempunyai 9 adik beradik. 

Masa tu, berpikir alamak 10 orang, mampu ke aku?

"Larat ke mengandung sampai 10 kali?" tanya JR kepada isteri yang baru dikahwini.

Jawapannya tegas (tapi sambil ketawa): "Larat jika abang larat!!"

Jadi kalau dia larat, JR juga kena larat...hehehehe....

Dan impian isteri JR hampir-hampir jadi kenyataan, kerana sekarang kami mempunyai 6 anak - ada yang lahir setiap tahun dan ada yang lahir berselang tahun. Selain dari 6 anak, isteri JR pernah keguguran sebanyak 3 kali. Jika semuanya hidup, JR sekarang dah mempunyai 9 anak, kurang 1 dari impian isteri untuk dapat 10 anak. Betapa meriahnya rumah jika ada 9 anak!!

Memang jika ada ramai anak menyeronokkan, apa lagi bila semuanya berkumpul. Yang kurang seronok dan sangat menguji kesabaran bila mereka masih kecil-kecil dulu - rumah berselerak (sekarang pun kadang-kadang berselerak juga!), kerusi meja terbalik, bekas makanan minuman tumpah merata, dinding rumah penuh lukisan macam Balai Seni Lukis, pinggan mangkuk selalu pecah dah jadi rutin biasa.

Sejujurnya JR sendiri tak ada apa-apa petua untuk dapat anak, apa lagi ramai anak. Segalanya bergantung kepada takdir Illahi, selebihnya mungkin faktor kesuburan dan juga genetik.

Baru sebentar tadi JR baca beberapa petua untuk meningkatkan kesuburan  dalam satu blog. JR harap ia memberi manfaat kepada mereka yang mahukan rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran ramai anak:



Febuari 2013, London: Lelaki yang menonton televisyen lebih 3 jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.  Ini kerana kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine, London, lelaki yang suka duduk diam pasti kalah dari segi kualiti sperma kepada orang yang sederhana aktif, 

Pakar berkata, kurang kualiti sperma boleh berpunca dari kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk agak lama. 

Lelaki yang mahu memiliki anak sangat digalakkan tidak memakai seluar ketat bagi menjaga kualiti sperma dan mengelakkan ketidak suburan. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan kerana darah tidak mengalir dengan betul ke daerah vital mereka. . 

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44% lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung. 

Kajian itu juga mendapati lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan aktif memiliki bilangan sperma 73% lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai 5 jam seminggu. Selain itu, kajian mendapati senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.
(Sumber: blog ini...)

8 comments:

  1. Seronok kalau rumah ada anak kecil. Cuma saya agak pelik dengan pendirian sesetengah orang yang enggan ada anak, walau pun seorang.

    ReplyDelete
  2. SAYA CUMA ADA dua adik beradik. Mcm mana nk pujuk mak ayah rajin3 buat anak?

    ReplyDelete
  3. anon..

    saya rasa kamu dah besar...jadi mungkin parents pun berusia..takpe, pujuk ayah kawin lagi dan pujuk mak terima madu..ahaks.

    kueh

    ReplyDelete
  4. JayAr dah bagi tips sebenarnya, kurangkan menonton menggunakan masa berjam2 menghadap TV atau komputer..hadap komputer lama2 pun mata akan kabur2 kan...

    ReplyDelete
  5. anak bongsu dah 7 th...sunyi sepi jika hari2 persekolahn hehe..

    ReplyDelete
  6. adik beradik ita 10 orang...meninggal sorang..

    time semua berkumpul sesak umah ..
    tak muat...
    tapi time diorang semua balik..tinggal lah ita sorang diri...

    ReplyDelete
  7. salam jay ar....
    itu semua rezeki..ada yang nak ramai ada yang nak sedikit...
    tapikan jay ar....
    kalau boleh ramai anak dan mampu menyediakan segala keperluan.....

    Apakah harapan kita pada mereka kelak...

    Balas budi kita..?
    atau melihat mereka bahagia..?
    kalau kita mampu membesarkan 10 orag anak tanpa cacat cela dan berjaya.....
    mampukah anak-anak kita jaga kita...?

    ReplyDelete
  8. seronok kalau ada family besar ni..meriahnya bila raya..kecoh rumah hihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....